Edisi Panas! Lagu Bawaku Pergi Nyanyian Kaka dan Zizan Raja Lawak Diharamkan - Mengandungi Unsur Negatif!

Oleh Kaki Wayang on


Jawatankuasa penilai harus terlebih dahulu menilai sesuatu lagu itu sebelum ianya diputuskan untuk diharamkan atau pun tidak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau penilaian yang dibuat terhadap sesuatu lagu itu termasuk meneliti  setiap patah perkataan dalam liriknya serta lenggok alunannya.

"Kita tidak boleh mempunyai pendirian prasangka apabila setiap kali sesuatu lagu itu dikatakan tidak selari dengan pendirian satu-satu golongan atau pun mungkin dikatakan ianya mencuit pihak-pihak tertentu," katanya kepada pemberita pada majlis Tautan Kasih Sekalung Budi bagi meraikan persaraan Pegawai Penerangan Daerah Jelebu Sulaiman Awang, 58, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak agar lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan pelawak dan pelakon Zizan diharamkan kerana disifatkan membawa unsur  negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah.

Rais berkata beliau juga akan mengesyorkan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) khasnya dan Bahagian  Muzik kementerian supaya memberi laporan bagaimana pendirian masyarakat terhadap lagu ini sama ada perlu diharamkan atau tidak.

Oleh yang demikian, beliau berkata perlu beri masa kepada jawatankuasa itu untuk membuat penilaian supaya dapat membuat keputusan yang tepat.

Sementara itu, Rais mengingatkan pegawai penerangan supaya tidak mengambil  pendirian berkecuali terhadap isu-isu dalam negara dan sebaliknya perlu mengambil jalan tengah dengan menerangkan hal-hal yang benar.

Beliau berkata prinsip yang menyatakan pegawai sama ada di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) atau Jabatan Penerangan perlu bersikap berkecuali adalah salah.

"Tugas sebagai seorang pegawai penerangan ialah bagi menerangkan sesuatu.

Bagaimana kita boleh memberikan penerangan kalau pendirian kita hanya berkecuali. Kita mesti memihak kepada yang benar.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...