Edisi Hangat! Gambar Pra Perkahwinan Awal-Scha!

Oleh Kaki Wayang on


SELEPAS pasangan sensasi, Fasha Sandha dan Jejai selamat mendirikan rumahtangga Jumaat lalu, ramai yang sudah tidak sabar melihat giliran Awal Ashaari dan Scha Al Yahya pula. Bakal disatukan sebagai suami isteri 4 Mei ini, persiapan pasangan sejoli ini kini berada di tahap akhir. Ini termasuklah sesi fotografi pra perkahwinan mereka yang dirakamkan jurugambar terkenal, Saiful Nang dan sudah disebarkan di Internet.

Dalam gambar yang berkonsepkan Best Man Win ini, pasangan yang digelar Schawal ini kelihatan sama padan dengan persalinan ala tentera dan gadis Melayu. Lebih menarik ialah lokasi penggambaran di stesen keretapi simbolik sempena pertemuan Awal dan Scha daripada dua arah berbeza.






Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...