Edisi Informasi! Tahukah Anda Siapa Yang Mencipta Jam Tangan Rolex dan Asal Usul Rolex?

Oleh Kaki Wayang on


Jam tangan mewah Rolex diasaskan seorang pemuda bernama Hans Wilsdrof bersama saudara iparnya Law William Davis. Wilsdrof yang dilahirkan pada 22 Mac 1881, di Kulmbach Franconia, Jerman adalah pemuda yang disifatkan sebagai seorang ‘yang sempurna’ (perfectionist). Beliau berkahwin dengan seorang perempuan Inggeris berusaha mengembangkan prinsip pembuatan jam tangan selain berkeinginan kuat melahirkan jam yang lebih kecil dan lebih tepat daripada menghasilkan jam-jam poket yang besar.



Ketika Wilsdrof berumur 24 tahun, dia menubuhkan syarikat arlojinya yang dinamakan Wilsdorf & Davies pada tahun 1905 di London. Pada 1908, syarikat itu menjadi syarikat arloji terkemuka di United Kingdom. Nama ‘Rolex’ dipilih kerana sebutan kata tersebut sangat mudah bahkan ia sesuai untuk dicetak pada badan sebuah jam tangan.

Pada 1910, jenama Rolex telah dihantar buat pertama kalinya ke School of Horology di Switzerland untuk menjalani ujian bagi mendapatkan sijil kronometer di dunia. Jenama itu ternyata berjaya memenuhi dua kriteria utama kronometer iaitu tahap ketepatan dan kehandalan.

Ketika itu, jam-jam yang dihasilkan mempunyai kelemahan pada sarungnya iaitu debu dan air dengan mudah dapat masuk melalui bahagian sarung belakang dan tombol. Atas dasar itulah akhirnya Wilsdrof berusaha mencipta sebuah sistem sarung yang anti debu dan air. Pada penghujung 1926, Wilsdrof berjaya mengubah keseluruhan sistem pengeluaran di dunia horologi dan jam yang diberi nama sebagai Rolex Osyter diperkenalkan.

Kemunculan sulung Rolex Osyter dilakukan oleh seorang perenang wanita pertama Inggeris, Mercedes Gleitze. wanita itu berenang menyeberangi Selat Inggeris dengan memakai jam Rolex Oyster yang ditawarkan oleh Wilsdrof bagi membuktikan bahawa jam Rolex ciptaan Wilsdrof memang kalis air.

Setelah eksperimen itu berjaya, Wilsdorf kemudian membuat penerbitan besar-besaran di akhbar-akhbar Inggeris dengan membelanjakan dana sebanyak 100,000 franc.

Pada 1919, syarikat Wilsdorf pindah ke Geneva, Switzerland dan ia ditubuhkan sebagai Syarikat Rolex Watch. Namanya kemudian berubah menjadi Montres Rolex SA dan akhirnya Rolex SA. Setelah kematian isterinya pada 1944, Wilsdorf mendirikan Yayasan di mana ia meninggalkan semua saham Rolexnya, memastikan bahawa sebahagian dari pendapatan syarikat akan pergi untuk amal. Wilsdrof meninggal dunia pada 6 Julai 1960.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...