Edisi Terkini! Peniaga Rugi Lebih RM1 juta - Susulan Perhimpunan Bersih!

Oleh Kaki Wayang on


Melebihi RM1 juta! Itu jumlah kerugian terpaksa ditanggung 486 peniaga di Kompleks Pertama kesan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin. Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Kompleks Pertama, Zainul@Hanafiah Ahmad berkata, semua premis perniagaan tidak dapat beroperasi memandangkan pihak pengurusan memutuskan untuk menutup bekalan elektrik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Menurutnya, purata pendapatan yang diperoleh peniaga ialah RM2,000 malah ada sesetengahnya mencecah RM40,000 sehari.

“Kebiasaannya kami menerima ramai pelanggan pada hujung minggu dan disebabkan perhimpunan ini, kami rugi kerana terpaksa tutup kedai,” katanya pada sidang media di kompleks berkenaan di ibu negara, semalam.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah. Beliau berkata, ada di antara premis kedai di Kompleks Pertama disewa dengan kadar RM8,500 sebulan dan gangguan operasi seperti itu pasti memberikan kesan kepada penyewa terbabit.

Zainul berkata, beliau berpandangan, mereka yang menganjurkan dan menyertai perhimpunan itu tidak menghargai keamanan negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tegas menangani isu Bersih kerana banyak pihak menerima kesan negatif, katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

mujagirl92 said...

see the consequence now?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...