Edisi Terkini! Polis Meninggal Dunia Tidak Sertai Ops Aman - Susulan Perhimpunan Bersih 3.0!

Oleh Kaki Wayang on



Seorang anggota polis dari unit MPV Dang Wangi dilaporkan meninggal dunia pagi tadi, akibat serangan jantung ketika berlangsungnya perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0, semalam.

Lagi Berita Berkenaan PERHIMPUNAN BERSIH 3.0!

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan anggotanya yang meninggal dunia tiada kaitan dengan Ops Aman 3.

"Arwah sedang bertugas dan diserang sakit jantung. Dia tidak terlibat dalam Ops Aman 3," katanya.

Difahamkan, anggota polis itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...