Edisi Terkini! 'Saya Masih Hidup' - Bob Kuman!

Oleh Kaki Wayang on


Pelakon dan pelawak Husni Mohd Rawi atau lebih popular dengan panggilan Bob Kuman mengucapkan ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini. Katanya,  tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.

"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi. Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini sengaja menyebarkan berita palsu ini  untuk meraih simpati orang ramai dan berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita saya meninggal tersebar,” katanya.

Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi. Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu dan berharap pihak-pihak terbabit agar menyemak sumber maklumat yang diterima sebelum disebarkan menerusi blog, laman sosial dan juga laman web. Ketika ditanya mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap mengenai beberapa isu sebelum ini, Bob Kuman berkata, dia bersedia bersemuka dengan individu itu.

“Saya reda dengan apa yang terjadi hari ini dan sebagai artis saya sudah bersedia dengan masalah yang akan wujud seperti ini  dan  saya ada seorang isteri yang baik, dia nasihatkan macam mana sekalipun yang berlaku kena gembira, jadi saya masih tenang bila dianiaya begini,” katanya.

Tiga hari lalu, dilaporkan bahawa Bob Kuman terharu dengan sumbangan yang diberikan peminatnya menerusi akaun banknya selepas kisahnya tersiar di dalam sebuah laman blog baru-baru ini.

Bob Kuman mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya. Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...