Edisi Hangat! Kami Masih Belum Bercerai, Nora Danish Bukan Punca - Ikuti Pengakuan Ady Putra!

Oleh Kaki Wayang on


Semalam sebuah akhbar tabloid melaporkan mengenai Ady Putra yang telah pun memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya Aida Yusof pada 11 Mei lalu iaitu hanya beberapa hari selepas beliau pulang dari umrah. Malah tuan punya badan telah pun mengesahkan perkara tersebut.

Lantas bermula spekulasi yang kurang enak di kalangan peminat & media. Dengan tidak semena-mena pelakon cantik Nora Danish terus dikaitkan dengan masalah rumahtangga Ady oleh para peminat yang setia mengikuti rapat perjalanan umrah 'pasangan suami isteri' dalam drama Tentang Dhia ini.

Namun menurut laporan Daily Chilli, Ady Putra sedar akan spekulasi yang mula timbul berhubung isu rumahtangga beliau dan sekali lagi menegaskan yang tiada orang ketiga terlibat & suami isteri ini sebenarnya masih belum mencapai kata putus untuk bercerai.

Ady Putra menjelaskan, dia dan isteri akan ke mahkamah syariah Isnin ini sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan rumahtangga yang di’bina sejak enam tahun lalu.

Hakim Syariah kemudian akan memutuskan sama ada mereka akan bercerai ataupun mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Dan menurut Ady Putra lagi, mereka berserah saja dengan apa sahaja keputusan bakal keluar nanti.

MD doakan semoga Adi dan isteri dapat menyelesaikan masalah mereka dengan sebaiknya dan hubungan mereka kembali pulih seperti sediakala. Mungkin juga ini di katakan dugaan rumah tangga ada pasti hikmah di sebalik apa yang berlaku. Seperti kata yang sangat-sangat biasa kita dengar, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...