Edisi Terkini! Rumah Pengacara Aznil Hj. Nawawi Di Rompak RM40,000.00!

Oleh Kaki Wayang on



Kediaman Aznil Hj. Nawani di Taman Yarl dimasuki perompak semalam. Menurut sumber, masa rompakan berlaku, hanya ibu Aznil bersama dua orang amah yang berada di rumah tersebut. Tambah sumber tersebut, Aznil mengalami kerugian hampir RM40,000 apabila kehilangan barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut dicuri ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian.


Difahamkan, perompak telah mengumpil besi jeriji tingkap untuk memasuki rumah selebriti tersebut. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana penghuni rumah tidak menyedari kejadian tersebut yang berlaku secara senyap dan pantas.

Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai kejadian tersebut setakat ini. Malah Twitter dan Facebook Aznil (sekitar jam 8.00 pagi ini) juga tiada update yang memberitahu mengenai perkara tersebut.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

dayteenlea said...

sehelai baju je amik?
pelik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...