Edisi Sentap! 5 Tanda-Tanda dan Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial!

Oleh Kaki Wayang on


Dewasa ini pelbagai cara manusia meluahkan perasaan mereka khususnya dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga dalam blog-blog mereka. Semuanya diangkat tanpa menyedari mereka kini termasuk dalam orang-orang yang bongkak dan riak. Pelbagai status dan gambar di muat naik ke laman sosial bagi menggambarkan perasaan mereka. 

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

HUKUM SOMBONG

Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar. Ayat diatas telah dengan tegas menjelaskannya.

Ibnu Katsir mengatakan mahfumnya, Firman Allah dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh” maksudnya janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, lagi berbuat semenamena. Jangan kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah akan murka kepadamu” (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)

“Tidak akan masuk sorga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi” (Riwayat Muslim)

Imam An Nawawi berkata “Hadits diatas berisi larangan dari sifat sombong, yaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka serta menolak kebenaran”(Syarh Shahih Muslim 2/269)

Berikut merupakan beberapa tanda-tanda dan sifat riak ibu bapa di laman sosial:-

Anak "terrer" Mengaji

Alhamdulillah..anak baru berumur 3, 4 tahun dah fasih dan hafal dah surah Al-Baqarah, Surah Yasin dan Surah Lazim..

Anak Bijak dan Dapat Result Cemerlang

Alhamdulillah..anak mama Balqis (bukan nama sebenar)..dah lah comel, cantik..muka macam mama..pandai macam mama..Tahniah anak mama dapat result 68A dalam exam.. Tak sia-sia mama hantar p "tusyen" sampai habis RM40K sebulan..mama bangga dengan Aqish (Nama manja Balqis walaupun jauh dari nama sebenar).

Anak Comel Tahap Model

Ya Allah Aqish (Balqis yang cemerlang tadi) comelnya..kecik-kecik dah comel, pandai bergaya, tudung ala-ala Hana Tajima..siap bungkus kepala ikat tepi..ada iras-iras mama dia..tang idung ikut papa dia..ramai yang cakap bila besar konfem lawa ni..Mama ingat nak masukkan dia dalam kelas American Next Top Model lah..doa-doakan lah yer..aamiin..

Pakaian Anak

I bukan apa kalau beli murah-murah ni, nanti kulit anak i si Aqish tu(Balqis yang cemerlang dan comel tadi) kalau pakai yang murah konfem berkudis tahap dewa. Tu yang terpaksa beli baju, seluar, tudung dan kasut harga RM30K tu bagi Aqish pakai..kalau harga camtu je yang kulit Aqish berkenan..harganya berpatutan.. Tak murah dan tak mahal..

Anak Rajin Macam Mesin

Aqish (masih Balqis yang cemerlang, comel dan alergik tu)..nape lah awak ni dilahirkan comel sangat..dah lah pandai, cemerlang, terbilang, bijak, comel, baju cantik-cantik, fasih mengaji pula..sekarang ni pula, "pe'el" terbaru dia..Ya Allah rajin..kecik-kecik dah rajin yang amat..pandai basuh longkang, pandai cat umah 5 tingkat, pandai bagi makan kucing 80 ekor, lap tingkap dan repair bumbung umah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...