Edisi Viral! Giler Kentang Lelaki Ini Tak Malu Menjual Mee Goreng dan Sandwich Kat Tepi Jalan!

Oleh Kaki Wayang on


Lambakan pendatang tanpa izin (PATI) di malaysia sudah sampai ke tahap melampau. Tapi apakan daya, orang melayu malu nak buat kerja buruh, kerja ladang, kerja kat ladang sawit, ladang sayur dan macam-macam lagi. Asyik nak duduk dalam 'aircond' je manjang. Kalau tak de 'aircond' tak nak keje.

Ikuti kisah VIRAL yang paling 'ngetop' sekarang ini.

"DIA tidak menanti pelanggan tapi dia yang mencari pelanggan. Berlari dia ke sana sini bila ada pelanggan yang panggil," tulis seorang admin dalam sebuah perkongsian di Facebook Kelab Che Det semalam.

Katanya, beliau kagum dengan cara pemuda tersebut memperagakan makanan jualan di tepi sebuah jalan besar berhadapan dengan stesen minyak Petronas Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

"Mee!! Sandwich!! Jerit anak muda ini, sambil angkat tangan memegang barang jualannya," tulis admin tersebut.

Beliau juga sempat menegur pemuda berkenaan dan membeli sebungkus mee goreng. Katanya, kesungguhan anak muda tersebut dalam mencari rezeki demi keluarga merupakan motivasi untuk orang lain berusaha mencari rezeki.

Perkongsian tersebut mendapat pujian dan perhatian dari lebih 50,000  pelayar Facebook.

"Bagus adik! Berusaha kuat macam ni, InsyaALLAH anda akan maju! Janji rezeki halal dan diberkati ALLAH," kata Normah.

"Respek kat dia bukan semua anak muda berani berniaga macam ni. Kebanyakan malu tapi merempit, meragut, minum arak, hisap dadah. Semoga beliau berjaya dalam bisnesnya," kata Helymin.

Menurut seorang pelayar, pemuda berkenaan kemungkinan besar adalah anak kepada Dr Sam penyanyi lagu Saya Anak Malaysia.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...