Edisi Pendidikan! Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016. Tahun 2016 kembali semula, bermakna pengajian para pelajar juga bermula. Berita baik buat semua calon  yang gagal dalam permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV)/ Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2016.

Calon kini boleh mengemukakan permohonan rayuan permohonan rayuan dengan mengunjungi (walk-in) di mana-mana institut terlibat. Perkara ini telah diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my.

Jadual Sesi Walk-In Permohonan Rayuan
Bermula 27 Januari hingga 29 Februari 2016

Keputusan Rayuan Kemasukan Sekolah Teknik/ Kolej Vokasional 2016

Pemohon yang berjaya dalam rayuan berkenaan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan dan juga keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi yang berkaitan.
Peringatan

Calon adalah dinasihatkan supaya menyediakan:-
  • Salinan keputusan peperiksaan
  • Dokumen dan sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar
  • Surat rasmi yang merujuk kepada pakej pilihan kursus serta institusi bagi permohonan rayuan 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...