Edisi Pendidikan! Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Universiti Sains Malaysia (USM) 2016/ 2017!

Oleh Kaki Wayang on

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2016/2017.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
2. Lepasan STPM 2015.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain.


Tips Mohon UPU Online



Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui Pohon@USM dengan kaedah pembelian nombor PIN USM - PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2016/2017.

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *5 - 15 Mei 2016. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2016 di Pohon@USM.

Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 6 - 12 Jun 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian.

Maklumat Tambahan bagi calon STPM :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis - U3). Sistem akan dibuka semula pada 3 - 6 Mei 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian bukan temuduga sahaja.

Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/Setaraf :

Peringatan bagi kategori Diploma/Setaraf, calon dikehendaki memuatnaik sijil-sijil akademik yang berkaitan semasa mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 4 April 2016. Permohonan yang dikemukakan tanpa salinan sijil dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...