Edisi Terkini! Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Bagi Penduduk Sabah & Sarawak!

Oleh Kaki Wayang on

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Baru-baru ini berlaku Majlis Daerah Putatan telah mengeluarkan iklan mengenai Projek Perumahan Rakyat yang menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini berlaku. Pelbagai reaksi diutarakan penduduk di kawasan berkenaan. Antaranya penduduk tidak berpuashati dengan kawalan dan situasi di dalam dewan berkenaan. Selain kawalan yang kurang bermutu dari pihak berwajib, terdapat juga penduduk yang merusuh dan kemudiannya merosakkan pintu dewan. 

Penduduk juga beranggapan Majlis Daerah Putatan tidak perlu mengenakan bayaran sebanyak RM5 untuk mendapatkan borang. Diharapkan agar masalah yang dihadapi oleh penduduk yang ingin mendapatkan rumah PPR dapat diselesaikan dengan segera.


Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Dengan permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk khususnya penduduk dari Sabah dan Sarawak kerajaan telah mengeluarkan iklan kepada semua rakyat yang berminat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Berita baik kepada semua penduduk bahawa Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah percuma dan tidak boleh dijual beli.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) (Syarat Asas)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mesti berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
  3. Pendapatan kasar isi rumah RM750 – RM3,000 sebulan
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usang/tidak sempurna
  5. Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya
  6. Tapak berkeluasan minimum 3,700 kps (Semenanjung Malaysia) & 2,600 kps (Sabah & Sarawak)
  7. Tertakluk kepada kelulusan bank
Bagi mereka yang ingin memohon melalui online perlulah meneliti Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M agar proses semasa memohon melalui online itu mudah.


Difahamkan pada permohonan yang diterima setakat Februari 2014 telah diterima sebanyak 67,341 permohonan.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Sabah & Sarawak (RMR1M)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18-60 tahun.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah dari RM750 hingga RM3000 sebulan.
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sedia ada usang atau tidak selesai bina
  5. Punyai tanah yang sesuai dan tidak mempunyai sebarang sekatan/cagaran ke atas tanah tersebut.
  6. Tapak keluasan minima 2,600 kps.
Kriteria Rumah Sabah & Sarawak SPNB RMR1M
  1. Rumah yang akan dibina oleh SPNB menerusi RMR1M adalah memenuhi kriteria berikut:
  2. Rumah dibina adalah dengan keluasan 700kps (3 bilik tidur, 2 bili air)
  3. Harga rumah dari RM68,000 - RM79,000
  4. 1/3 pinjaman rumah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia
  5. Baki pinjaman adalah pembiayaan tanpa faedah
  6. Tertakluk kepada perubahan SPNB
Apa itu 1/3 Pinjaman Disubsidikan Kerajaan?

Bagi mereka yang kurang faham dan tidak memahami 1/3 Pinjaman disubsidikan kerajaan boleh lah melihat gambar di bawah.


Buat semua yang berminat untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) boleh memuat turun/ download BORANG PERMOHONAN RMR1M Sabah dan Sarawak sekarang. Bah apa lagi orang-orang Sabah dan Sarawak. Borang free. Dapatkan sekarang! Isi Sekarang dan hantar. Mudah-mudahan dapatlah kemurang tu Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).


Sekali lagi diingatkan:

Cara Memohon dan Menghantar Borang RMR1M
  1. Dapatkan Borang Permohonan RMR1M percuma samada menerusi online di SPNB (klik) atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
  2. Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit.
  3. Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi:-

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 1300-80-3838
Faks: 603 – 2681 0170

Talian Rumah Mesra Rakyat & Rumah Yang Sedia Dijual: 1300-80-3838
Email: info@spnb.com.my
E-mail Aduan

aduan@spnb.com.my

Seksyen Jualan

603-26185519 (Ketua Unit Jualan Semenanjung)
6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)
6082-230032 (Ketua Unit, Jualan Sarawak)

Tulung-tulung urang Sabah dan Sarawak kio. Saya urang Sabah juga. Bila lagi mau tulung bangsa sendiri bah kan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...