Edisi Informasi! Tarikh Serahan & Syarat Baru Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah dn syukur pada mereka yang baru sahaja menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia pada 28 Januari yang baru lalu. Pembayaran berkenaan adalah pembayaran peringkat pertama bagi yang layak menerima BR1M. Walaubagaimanapun pelbagai reaksi dilontarkan para penerima apabila segelintir dari mereka hanya berjaya dalam permohonan BB1M berbanding BR1M untuk kategori bujang. Begitu juga bagi mereka yang bergaji RM1500.00 telah di lupuskan hak mereka untuk mendapat bantuan berkenaan dengan alasan gaji melebihi RM2000.00. Di mana silapnya tak tahu lah.

Syarat Baucar Buku 1Malaysia 2016

Kerajaan seperti dalam Bajet 2016 telah mengetatkan syarat baharu penggunaan Baucar Buku 1Malaysia. Mulai tahun 2016, BB1M hanya boleh ditebus dikedai buku yang diiktiraf sahaja dan tidak boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang tidak di iktiraf. Syarat khusus ini bertujuan supaya pelajar IPT tidak menyalahgunakan Baucar Buku tersebut. Tambah kenyataan Dato Seri Najib Razak, bayaran BB1M 2016 adalah kekal berjumlah RM250 dan dijangka dapat dimanfaatkan kepada 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi diseluruh negara.


Tarikh Serahan & Syarat Baru Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2016!

Tarikh Pengagihan: Akan diagihkan secara berperingkat mulai Januari 2016

Jumlah BB1M: RM250 (5 Keping Baucar BB1M)

Syarat Baru: Hanya boleh ditebus di Kedai Buku Di Iktiraf Sahaja

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...