PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Final Bolasepak Sukan Sea 2011. Show all posts
Showing posts with label Final Bolasepak Sukan Sea 2011. Show all posts

Betol-betol Fakta! 2.8 juta saksi final bola sepak Sukan Sea

Oleh Kaki Wayang on

 
SERAMAI 2.8 juta penonton di Malaysia terpaku di depan kaca televisyen menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea yang menemukan Malaysia dan Indonesia. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah itu, 1.4 juta menonton menerusi saluran televisyen berbayar Astro Arena, 1.1 juta menerusi stesen swasta TV3 dan 300,000 melalui TV1 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

“Jumlah ini menunjukkan bola sepak kembali menarik minat penonton di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, semalam.

Annuar berkata, kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula 2009, jumlah kehadiran penonton di stadium turut meningkat.

Beliau berkata, bagi musim 2011, jualan tiket bagi perlawanan Liga Malaysia naik 14.8 peratus berbanding 1.3 juta keping tiket yang dijual pada musim 2010.

“Berbanding 1.3 juta pada 2010, sebanyak 1.5 juta tiket dijual pada musim 2011,” katanya. Beliau berkata, perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan disaksikan sejuta penonton manakala final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu disaksikan 1.7 juta penonton.

Annuar berkata, minat penonton kembali ke stadium dan menonton televisyen adalah berdasarkan rentetan kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula dengan meraih emas Sukan Sea di Vientiane, Laos pada 2009, menjuarai kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 2010 dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Indonesia, baru-baru ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Fakta! 2.8 juta saksi final bola sepak Sukan Sea

Edisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!

Oleh Kaki Wayang on

 

Jurulatih skuad Garuda, Rahmad Darmawan meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana pasukannya gagal meraih pingat emas acara bola sepak setelah kalah kepada Malaysia pada perlawanan akhir, kelmarin. Rahmad akur dengan kekalahan 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Utama Gelora Bung Karno walaupun pemain-pemainnya telah memberikan aksi yang terbaik.

"Kepada media semua, sampaikan permintaan maaf saya kepada seluruh rakyat Indonesia kerana gagal menjadi juara (bola sepak Sukan SEA XXVI).

"Hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.
Perlawanan akhir kelmarin terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan masih terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Rahmad mengakui kekalahan mereka kelmarin turut disebabkan gagal menandingi beberapa pemain Malaysia yang ternyata lebih berpengalaman berbanding pemain pasukannya.

"Malaysia memiliki pemain yang berpengalaman beraksi di sini (ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF) terutama di bahagian pertahanan.

"Penjaga gol mereka (Khairul Fahmi Che Mat) juga cukup bersedia ketika permainan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti.

"Dengan kekalahan ini saya mengakui gagal mencapai pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!

Edisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!

Oleh Kaki Wayang on


Jakarta seolah-olah 'berkabung' meratapi kekalahan skuad Garuda kepada Harimau Muda pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI di Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin. Suasana di sekitar bandar raya ini semalam, iaitu sehari selepas kekalahan 3-4 Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti kepada Malaysia, bertukar suram berbanding sebelum ini.

Jika dua minggu lalu ketika acara bola sepak Sukan SEA di peringkat awal saingan, suasana bandar raya ini meriah dan berpesta dengan kehadiran kumpulan penyokong Indonesia yang berbaju merah, namun semalam segala-galanya berubah. Tiada lagi kelibat kumpulan penyokong fanatik Garuda di sekitar bandar raya ini.

Suasana di sekitaran stadium juga lengang, bukan sahaja kerana acara bola sepak sudah berakhir, tetapi peminat seperti tidak mahu lagi memandang gelanggang yang menghampakan harapan mereka untuk memenangi emas Sukan SEA selepas menantinya selama 20 tahun.

Kaki-kaki bola juga seperti enggan lagi mengingatkan saat perit tewas kepada 'musuh abadi' 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti. Seorang peminat bola sepak yang hanya mahu dikenali sebagai Yanto berkata, dia masih merasa kecewa kerana kekalahan pasukannya kelmarin.

Menurutnya, kekalahan kelmarin bukan sahaja mengecewakan penonton yang hadir ke perlawanan akhir tetapi turut dirasai mereka yang menontonnya di kediaman dan luar stadium.

"Bola sepak merupakan sukan No. 1 di sini. Kami memang mengharapkan kemenangan dalam acara ini.

"Final kelmarin lebih menarik dan mendebarkan kerana kami berdepan Malaysia, tetapi akhirnya kami kalah. "Sudah tentu kekalahan itu mempengaruhi mood kami hari ini. Namun, tiada apa yang mampu kami lakukan, mahu atau tidak kami terpaksa menerima keputusan ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!

Edisi Khas! Harimau Malaya membaham EGO Sang Garuda!

Oleh Kaki Wayang on



Layanan teruk, Isyarat lucah, lagu Negaraku diejek, tidak dihormati oleh rakyat Indonesia antara layanan yang diberikan oleh seluruh warga Indonesia kepada Pasukan Malaysia sepanjang Pasukan Malaysia berada di bumi Indonesia ketika menyertai Sukan Sea 2011 Jakarta dan Palembang..sampai disuatu ketika pasukan Malaysia terpaksa menaiki “Barracuda” bagi mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

 
Berbekalkan semangat juang tinggi merupakan satu-satunya senjata yang digunakan oleh Pasukan Harimau Malaya apabila berhadapan dengan lebih 180,000 penyokong Indonesia dalam perlawanan Akhir Bolasepak Sukan Sea 2011 bagi menentukan pingat emas bolasepak iaitu ibu sukan dan ibu pingat di Sukan Sea.

 
Terdahulu Myanmar merupakan pasukan yang berjaya menggondol pingat gangsa apabila mengalahkan Vietnam 4-1. Berbalik kepada episode ngeri Indonesia dan episode suka Malaysia..Malaysia sebenarnya pasukan pilihan bagi pertandingan kali ini setelah berjaya menggondol pingat emas pada temasya yang sama yang pada ketika itu diadakan di Laos pada tahun 2009..dan pada kali ini Harimau Muda (Malaya) sekali lagi dapat mempertahankan Pingat Emas yang dimenangi sebelum ini apabila menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalty setelah terikat 1-1 selepas tamat perlawanan..

 
Sepanjang 120 minit perlawanan pelbagai rasa, luahan dan kelakuan kurang waras dapat dilihat dan dirasakan oleh seluruh warga Malaysia..antaranya..ada yang lemah jantung, takut nak tengok bilamana pemain Malaysia mengambil sepakan penalty, gembira tatkala pemain Indonesia gagal menjaringkan gol, mengutuk dan mencemuh dan macam-macam lagi..siap ada yang berlari masuk ke bilik dek tidak mampu untuk melihat sekiranya pasukan Malaysia kalah..


 Namun semua perasaan itu kembali hilang dan ceria apabila Badrol Bahtiar menjadi wira Malaysia pada perlawanan itu..walaupun sepakan beliau dapat ditmpan oleh penjaga gol Indonesia namun ianya tidak mampu menghalang bola sepakan Badrol Bahtiar dari bergolek masuk ke pintu gol Indonesia..seriau dibuatnya..tangisan gembira, syukur dan macam-macam lagi mengiringi kejayaan Malaysia..


Diketika lagu Negaraku dikumandangkan kita masih mampu melihat penyokong Indonesia yang tidak berdiri dan tidak menghormati apabila lagu kebangsaan dikumandangkan..Apapun tahniah Malaysia kerana mampu melenyapkan Ego Sang Garuda..amekawwwwwwwww!!!!

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Harimau Malaya membaham EGO Sang Garuda!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...