PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Malaysia vs Singapura. Show all posts
Showing posts with label Malaysia vs Singapura. Show all posts

Edisi Sukan Hangat! Ulasan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia VS Singapura!

Oleh Kaki Wayang on


BADI yang sering membelenggu skuad bola sepak kebangsaan setiap kali berdepan Singapura akhirnya ternoktah apabila menang 2-0 dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Shah Alam malam tadi. Percaturan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menyenaraikan Ahmad Shakir Md. Ali dalam kesebelasan utama negara berbanding peledak berbisa, Mohd. Safee Sali malam tadi ternyata menjadi apabila penyerang Negeri Sembilan itu menjaringkan gol pembukaan negara seawal minit ke-18.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan Hangat! Ulasan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia VS Singapura!

Betol-betol Hangat! Wigan mahu uji Baddrol

Oleh Kaki Wayang on

 

KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang. Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.

Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.

“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”

Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.

Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.

“Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wigan mahu uji Baddrol

Keputusan Terkini! Malaysia VS Singapura - 28 Julai 2011

Oleh Kaki Wayang on

http://portalsukan.com/wp-content/uploads/2011/07/malaysia-vs-singapore-28-julai-2011.jpg 

Kepada peminat-peminat bolasepak tempatan..jangan lupa bersama dengan Blog Betol-betol Hangat! bagi mengetahui peerlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 antara pasukan negara kita Malaysia menentang Singapura pada jam 8.45pm - 28 Julai 2011.. ulasan akan diberikan secara terperinci mengenai perlawanan berkenaan..

Sama-samalah kita menyokong pasukan negara kita Malaysia agar mampu bangkit sekaligus mampu menewaskan pasukan Singapura aka Singapore..pada perlawanan pertama Malaysia tewas dengan jaringan 3-5..

PERLAWANAN BERMULA!!!

Minit 1 - Sepakan mula pemain Singapura
Minit 2 - Kad Kuning kepada Pemain Singapura..perghhhh ganazzz siottt
Minit 3 - Cubaan pertama Singapura
Minit 4 - Cubaan pertama dari Malaysia..Safee Sali mengelecek..namun percubaan lemah..
Minit 5 - Singapura mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti
Minit 7 - Malaysia mendapat sepakan percuma
Minit 9 - Sekali lagi Singapura mendapat sepakan percuma (perlawanan agak tegang sekarang ini)
Minit 10 - Singapura hampir menjaringkan gol pertama namun Khairul Fahmi berjaya menangkap dengan kemas
Minit 14 - Nampaknya Malaysia kini tertekan dengan serangan daripada Singapura..pertahanan Malaysia agak rapuh pada ketika ini..sekali lagi Singapura hampir menjaringkan gol
Minit 20 - Nampaknya Malaysia seperti mahu bertahan dengan serangan Singapura yang semakin mengancam dan mengasak kubu pertahanan Malaysia..
Minit 21 - Percubaan Safee Sali yang agak lemah
Minit 25 - Sepakan percuma untuk Malaysia..satu terjahan keras dari Singapura
Minit 26 - Percubaan lemah sari Amirulhadi
Minit 30 - Kad Kuning untuk pemain Singapura
Minit 33 - Percubaan Safee Sali dihalang pemain Singapura
Minit 33 - Sekali lagi Malaysia mendapat sepakan percuma
Minit 34 - Percubaan Malaysia sekali lagi berjaya dihalang..laaa goalkeeper Singapura cedera lah pula
Minit 36 - Sepakan percuma untuk Singapura
Minit 38 - Percubaan pemain Singapura yang berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi
Minit 45 - Masa kecederaan ditambah 3 minit..tamat separuh masa pertama..

Malaysia (0) - Singapura (0)

Minit 45 - Perlawanan separuh masa kedua bermula
Minit 46 - Kad Kuning untuk pemain Singapura kerana menarik Amirulhadi
Minit 50 - Pemain Singapura berlakon cedera sekali lagi..
Minit 52 - Malaysia kini diserang Singapura..need to be more calm..
Minit 57 - Akhirnya Malaysia menjaringkan GOLLLLLLLLLLL!!! Thanks to Safee Sali
Minit 58 - Motif tak nak mengaku..dah handball ngaku jelaaa...
Minit 64 - Singapura mendapat sepakan percuma.
Minit 71 - Malaysia kini tertekan dengan jaringan daripada pemain Singapura..kedudukan kini 1-1 dan agregate kembali 4-6

xde mood dah nak ulas...


Sila baca selanjutnyaKeputusan Terkini! Malaysia VS Singapura - 28 Julai 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...