PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Nokia Lumia 710. Show all posts
Showing posts with label Nokia Lumia 710. Show all posts

Betol-betol Gempak! Nokia menyerlah dengan Lumia!

Oleh Kaki Wayang on

Oktober merupakan satu bulan pelancaran produk. Ia dimulakan dengan Apple yang memperkenalkan iPhone 4S pada minggu pertama, diikuti oleh telefon Ice Cream Sandwich pertama Google, Galaxy Nexus dan baru-baru ini Nokia menyampaikan telefon Windows 'sebenar', Lumia 800 dan Lumia 710.

Pertama kali saya melihat Lumia 800, saya bertanya diri sendiri, “Bukankah itu N9?”. Apa yang anda dapat lihat secara fizikal dari luar pada Lumia 800 betul-betul seiras dengan N9. Jadi, pada asasnya Nokia mengambil kulit N9, membuang ‘inti’ MeeGo OS dan menggantikannya dengan Windows Phone 7.5 Mango OS. Walau bagaimanapun, reka bentuknya amat menarik.

Selepas anda telah berjaya membezakan Lumia 800 dan N9, berikut adalah perbezaan kedua - dua telefon Lumia.

Lumia 800 

3.7” AMOLED 480 x 800 skrin sentuh
Butang sentuh sensitif
116.5 x 61.2 x 12.1 mm
16GB storan dalaman
Kamera 8 MP dengan lensa Carl Zeiss f/2.2 dan flash berkembar LED
Li-Ion 1450 mAh bateri
142 g
Hitam, Cyan, Magenta 

Lumia 710 

​​
3.7” TFT 480 x 800 skrin sentuh 
​Butang fizikal 
​119 x 62.4 x 12.5 mm 
​8GB storan dalaman 
​Kamera 5 MP dengan satu flash LED
​Li-Ion 1300 mAh bateri 
​125.5 g 
​Hitam, Putih(depan) / Hitam, Putih, Cyan, Fuchsia, Kuning(belakang)

Kita bermula dengan skrin. Lumia 800 mempunyai satu skrin AMOLED cantik dengan paparan Nokia ClearBlack. Lumia 710 juga mempunyai paparan ini tetapi hanya pada skrin TFT yang agak mengecewakan terutama sekali dalam bahagian sudut pemerhatian. Pada pendapat saya, paparan Lumia 800 ialah setaraf dengan Samsung Galaxy S memandangkan kedua-duanya mempunyai skrin AMOLED dengan subpiksel PenTile matriks.

Satu lagi perbezaan besar antara kedua – dua telefon ini ialah kamera. Lumia 800 mendapat semua layanan istimewa dengan kamera 8 MP yang dilengkapi dengan kanta Carl Zeiss. Walaupun kedua-dua kamera menyokong rakaman video 720p pada 30 fps, Lumia 710 hanya mempunyai kamera normal 5 MP. Tiada kamera bahagian hadapan pada kedua-dua telefon Lumia. Jadi, tiada harapan untuk membuat panggilan video dari telefon ini.

Bercakap tentang panggilan, anda perlu ada satu mikro SIM untuk menggunakan telefon-telefon ini. Jadi, jika anda bercadang untuk mendapatkan salah satu daripada telefon ini, saya mencadangkan anda membelinya dengan kontrak syarikat telko. Ia akan menjimatkan masa anda mendapatkan mikro SIM di pusat syarikat telko anda.

Berhubung kapasiti data, Lumia 710 hanya mempunyai keupayaan storan data 8GB berbanding 16GB pada Lumia 800. Sayang sekali kerana anda tidak dapat memperluaskan storan terhad ini dengan kad SD tetapi mujurlah, anda akan mendapat satu storan 25GB SkyDrive percuma pada awan. Jadi, anda boleh menyimpan muzik, gambar-gambar dan video anda pada awan selagi saiz fail tidak melebihi 100MB.

Dalam soal perkakasan, satu perkara yang mengganggu saya ialah kapasiti bateri Lumia 710. Sejak, kedua-dua Lumia 800 dan Lumia 710 menggunakan cip pemprosesan 1.4 GHz yang sama, kenapa tidak gunakan bateri 1450 mAH yang sama untuk kedua-duanya. Tambahan juga, skrin TFT tidak begitu cekap tenaga seperti skrin AMOLED. Ini sudah tentu akan mengehadkan jumlah masa anda miliki pada Lumia 710 bagi setiap cas.

Kita teruskan dengan aspek perisian telefon. Eksklusif pada telefon-telefon Lumia, Nokia telah mengintegrasikan tiga aplikasi baru ke dalam Windows Phone 7.5 Mango OS. Pertama ialah Nokia Drive, satu sistem pandu arah lengkap dengan bantuan suara. Aplikasi kedua ialah satu pemain muzik / kedai yang dipanggil Nokia Music. Ia seperti mana-mana pemain muzik lain tetapi apa yang menarik mengenainya ialah anda boleh stream muzik penuh melalui mix radio dan jika anda suka dengan apa yang anda dengar, hanya tap untuk membelinya (sangat mudah). Aplikasi ketiga amat sesuai untuk peminat sukan. Dengan kerjasama ESPN, Nokia telah membawa semua berita dan skor terkini dari sekitar dunia sukan pada telefon Windows.



Saya akui, tiga aplikasi percuma ini merupakan tawaran yang amat menarik. Selain itu, anda miliki semua kebaikan dan kelicinan Windows Phone 7.5 terbaru lengkap dengan Office yang kita semua sudah biasa. Anda pasti tidak akan mendapat suatu pakej sebaik ini pada alat-alat iOS atau Android. Lumia mungkin tidak mempunyai kekuatan otot pesaing-pesaingnya tetapi apa ia kurang dalam jabatan perkakasan ia diimbang dengan perisiannya.

Nokia mengambil masa lapan bulan untuk mengemukakan telefon Windows tersendiri. Dalam tempoh itu, mereka telah menghasilkan dua telefon menarik dengan sejumlah fungsi yang akan meningkatkan pengalaman pengguna. Jika pengiraan saya betul, Lumia 800 akan diletakkan pada harga sekitar RM1,800 manakala Lumia 710 akan menelan belanja kira-kira RM1,200.

Pesaing-pesaingnya mesti telah sedar sekarang bahawa Nokia telah meletakkan Windows Phone OS pada peta. Dan dengan khabar-khabar angin model akan datang (Lumia 900) dan OS mengemaskinikan (Apollo dan Windows 8) tersebar di sekeliling Jaringan Sejagat, ia pasti akan mewarnai pasaran telefon pintar.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Nokia menyerlah dengan Lumia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...