PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Edisi Nostalgia! Kad Pengenalan Dato Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on

Kad Pengenalan Siti Nurhaliza

Masa mencari sesuatu tadi untuk dijadikan bahan untuk entri seterusnya..tetiba terjumpa Kad Pengenalan Siti Nurhaliza..wahhhh..tu je mampu aku ucapkan..hahahaha..masa ni Dato Siti terfikir tak eh nak jadi penyanyi no. 1 Malaysia?

Kad Pengenalan Siti Nurhaliza
Apa pun kagum ngan Dato Siti Nurhaliza..sampai sekarang dia boleh maintain sebagai penyanyi No. 1 Malaysia.


Sila baca selanjutnyaEdisi Nostalgia! Kad Pengenalan Dato Siti Nurhaliza!

Edisi Hangat! Gambar Datuk Siti Nurhaliza Yang Kiut Basuh Pinggan!

Oleh Kaki Wayang on


Korang kenal tak sape ni? Kiut miut gitew..sape lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza kan..masa ni dia masih orang biasa lagi..maksud aku dia bukan artis lagi..mesti dia tak sangka kan dia jadi artis..

 Banner

Berita PALING GEMPAK hari ini:


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Datuk Siti Nurhaliza Yang Kiut Basuh Pinggan!

Edisi Panas! Datuk Siti Nurhaliza Kecam Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz!

Oleh Kaki Wayang on


Tindakan Zed Zaidi mengkritik kemenangan yang dinobatkan Pelakon Utama Filem Ombak Rindu Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular 2011 Anugerah Bintang Popular (ABP)- menerusi laman sosial Twitter mendapat beberapa maklumbalas negatif beberapa rakan artis.
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Datuk Siti Nurhaliza Kecam Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz!

Edisi Hangat! Remember You – Single Terbaru Datuk Siti!

Oleh Kaki Wayang on

Remember You – Single Terbaru Datuk Siti
Selepas kejayaan melahirkan album Inggerisnya yang pertama, All Your Love, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sekali lagi melakukan album Inggeris yang kedua berjudul Remember You.

Lebih menarik lagi, single kedua Siti itu akan menampilkan hasil duet dirinya bersama dengan penyanyi terkenal Amerika, Sean Kingston.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Remember You – Single Terbaru Datuk Siti!

Edisi Hangat! Gambar Comel Siti Nurhaliza Ketika Menjalani Latihan Askar Wataniah!

Oleh Kaki Wayang on


Alahai..comelnya..sentap Mak Jemah tengok gambar ni..kalau Dato Siti Nurhaliza ni join perang..korang rasa pengganas tu takut tak..tak pun pengganas tu nak tembak tak askar secomel Dato CT ni? berlatih-berlatih juga..bab bergambar kenelah post secomel mungkin kan (sambil mengharapkan Dato CT baca post ni)..

Kredit: Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Comel Siti Nurhaliza Ketika Menjalani Latihan Askar Wataniah!

Edisi Gempar! Gambar Dato Siti Nurhaliza Menembak Jurukamera!

Oleh Kaki Wayang on


 

Bang..bang..tersungkur jurukamera yang mengambil gambar ketika sesi latihan menembak Askar Wataniah baru-baru ini..begitulah gigihnya Dato Siti Nurhaliza berlatih menembak..korang rasa kalau Dato CT g berperang lawan pengganas..korang rasa pengganas tu takut tak?

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempar! Gambar Dato Siti Nurhaliza Menembak Jurukamera!

Edisi Panas! Gambar Kaki Dato' Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on


Ok..yang ni agak pelik dan sesuatooo sangat..apabila tetiba keyword Gambar Kaki Siti Nurhaliza tersangkut kat blog aku ni..macam dah tak de khoje lain dah nak cari..tau laaa minat Siti Nurhaliza..tapi tak payah lah kot nak cari gambar kaki dia..sentap..takkanlah dia nak gambar kaki dia pastu upload kat internet...


Tapi kan nape dia taip Siti Nurhalizah? Mungkin dia nak cari gambar kaki kakak dia kot..kebetulan nama hampir sama lah katakan..tak pun nama nenek dia..Hahahahaha..memang "rare" kalau macam ni...ape lah agaknya yang dia fikirkan tu..

Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Gambar Kaki Dato' Siti Nurhaliza!

Edisi Hangat! Gambar Cun Dato Siti Nurhaliza Nak Menonton Wayang!

Oleh Kaki Wayang on

 

Cer teka, Dato CT nak tengok wayang apa?

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Cun Dato Siti Nurhaliza Nak Menonton Wayang!

Edisi Hangat! Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Muhammad Al-Ameen!

Oleh Kaki Wayang on











Gambar sepenuhnya kredit kepada: Dominasi Lelaki
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Muhammad Al-Ameen!

Edisi Hangat! Gambar Comel Dato Siti Nurhaliza Pakai Tudung!

Oleh Kaki Wayang on


Amat jarang sekali sebenarnya kita melihat golongan artis terutamanya artis wanita yang memakai tudung..jom kita tengok gambar Dato CT pakai tudung pula..nampak kecomelan disitew kan..ala-ala macam bergambar untuk profile pic Facebook gitew erkkkk!!!!..

Dato CT ni sebenarnya lebih cantik dan lebih comel kalau dia pakai tudung kan..konfem sume orang setuju dengan pernyataan aku kan..sama-samalah kita berdoa agar penampilan Dato CT seperti ini akan kekal hendaknya..kalau dia pakai tudung pun tak mungkin hilang peminat yang meminatinya kan..lagi pun kalau hilang sorang dua pun Dato CT tak hairan pun..

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Comel Dato Siti Nurhaliza Pakai Tudung!

Edisi Hangat! Panas! Dato Siti Nurhaliza Disaman JPJ!

Oleh Kaki Wayang on

Kredit PIC: OhArtis

Wah ingatkan aku je yang selalu kene saman ngn JPJ..rupa-rupanya Dato Siti Nurhaliza pun kena juga..cuma bezanya..aku kena tunggu gaji masuk baru boleh bayar saman..kalau dia? Setakat seribu dua ni..konfem pejam mata je kan Dato Siti nak bayar..hahahaha..antara kesalahan yang Dato Siti lakukan adalah..Traffic Light Offense, Speeding (yang selalu aku kena), Traffic Obstruction dan Disobeying Traffic Sign..tak makan saman betol kan Dato Siti ni..dah lah banyak saman pula tu..kereta pun berlainan jenis..perghhhh..memang kayooooo!!!

Ape pun minta maaf yer Dato..

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Panas! Dato Siti Nurhaliza Disaman JPJ!

Edisi Hangat! Gambar Dato Siti Nurhaliza Paling Seksi Tersebar!

Oleh Kaki Wayang on

Mungkin ramai yang beranggapan macam manalah agaknya Dato Siti Nurhaliza kalau berpakaian seksi walaupun pada dasarnya Dato Siti Nurhaliza hampir tak pernah berpakaian seksi dikhalayak ramai..kan? Gambar ini diambil pada AJL 26..mengikut sumber-sumber yang tak pasti akan kesahihannya..gitew..


Seksi kan???? Tetiba tudung yang DATO CT selalu pakai takde..ke gambar ni super impose?

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Dato Siti Nurhaliza Paling Seksi Tersebar!

Edisi Sentap! Serangan Balas Dato Siti Nurhaliza terhadap Azwan Ali!

Oleh Kaki Wayang on


Ini merupakan gambar kereta DATO SITI NURHALIZA yang terkena tahi burung..lihat bagaimana Dato CT maipulasikan TAHI BURUNG itu dengan Azwan Ali..

Sumber: Twitter Siti Nurhaliza





Kredit: Iskandar





Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Serangan Balas Dato Siti Nurhaliza terhadap Azwan Ali!

Edisi Sentap! Azwan Ali Marah kat Datuk Siti Nurhaliza dalam TWITTER!

Oleh Kaki Wayang on


Kredit to: Iskandar
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Azwan Ali Marah kat Datuk Siti Nurhaliza dalam TWITTER!

Edisi Comelnya! Koleksi Gambar Dato Siti Nurhaliza yang comel!

Oleh Kaki Wayang on





Sila baca selanjutnyaEdisi Comelnya! Koleksi Gambar Dato Siti Nurhaliza yang comel!

Edisi Khas! Dokumentari Khas Siti Nurhaliza kini di ASTRO!

Oleh Kaki Wayang on


Bila sebut sahaja nama Siti Nurhaliza apakah yang wujud dalam bayangan anda? Wajah manisnya yang telah menawan hati setiap pelusuk isi rumah di Malaysia, Indonesia dan Singapura? Atau deretan trofi yang terkumpul sehingga tidak cukup almari? Atau vokal emasnya yang mendodoi lena setiap malam kita? Atau paparan kisah sepanjang dia bergelar anak seni sejak 16 tahun lalu?

Hanya luaran yang mengisi minda kita seperti apa yang kita sering tonton di televisyen dan baca di akhbar dan majalah. Tidak ramai yang mengetahui apakah yang terselindung di sebalik nama Siti Nurhaliza itu sendiri.
Justeru, sempena ulangtahun kelahiran yang ke 33 penyanyi bercop nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, saluran History mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari khas yang berjudul “Siti Nurhaliza” untuk tayangan Asia.

Dokumentari sepanjang satu jam itu akan membawa penonton meraikan kehidupan penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis ini bermula sebagai penyanyi yang menjuarai Bintang HMI 1995 sehinggalah bergelar usahawanita yang memiliki produk kecantikan jenama sendiri, SimplySiti.

Tidak mengganggap peluang itu sebagai kemuncak kerjayanya, Siti berharap dokumentari ini akan mencetuskan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan muda yang menanam cita-cita untuk berjaya sepertinya satu hari nanti.

“Ia satu penghargaan kerana Siti antara yang muda dan diberikan peluang untuk merakamkan perjalanan hidup saya untuk tontonan masyarakat. Saya melihat ia dari sudut seorang anak kampung yang mempunyai cita-cita untuk berjaya sebagai penyanyi dan perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Fokusnya lebih kepada saya menjadi inspirasi kepada semua dengan melihat kejayaan yang saya perolehi hari ini. Motivasi yang baik itu harapnya dapat diterima oleh penonton kelak,” kata Siti yang kini memiliki album Inggeris sendiri “All You Love”.

Siti merupakan artis muda yang masih hidup diberikan peluang tersebut. Sebelum ini saluran History pernah menerbitkan dokumentari mengenai Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan Penghibur Nombor Satu Asia, Datuk Sudirman Hj Arshad.

Menerusi dokumentari itu, masyarakat yang selama ini hanya didedahkan pada aspek luaran penyanyi itu akan meneroka di sebalik tabir kehidupannya sepanjang  bergelar penyanyi.

“Pelbagai cabaran telah Siti lalui namun apa yang dipaparkan di televisyen, akhbar dan majalah hanyalah luaran Siti sahaja. Bagaimana Siti berdepan dengan cabaran tersebut hanya diketahui oleh mereka yang dekat dengan Siti. Kali ini mereka yang akan berkongsi cerita tersebut seperti contohnya jurusolek Siti, Nurul Shukor yang telah bersama Siti lebih 10 tahun dan pastinya kakak ipar dan pengurus Siti, Rozi Abdul Razak,” tambah Siti lagi.

Menurut Siti, hanya jurusoleknya itu yang tahu bagaimana cara dia berdepan dengan pelbagai masalah dan Nurul telah dianggap sebagai salah seorang orang kepercayaannya.

“Bagaimana saya memberontak dan meluahkan kemarahan saya bila pelbagai cerita tidak betul yang keluar tentang saya. Bagaimana saya berdepan dengan tekanan tersebut. Hanya sesetengah orang saja yang tahu bagaimana kami menyimpan setiap perkara yang tidak pernah dipertontonkan kepada masyarakat,” ujar Siti yang cukup teruja mahu menyaksikan apa kata orang mengenainya.

“Sebelum ini pun pernah ada program sebegini yang melibatkan kehidupan Siti, namun gaya penceritaan dan hasil setiap program pastinya berbeza. Macam tadi bila tengok balik klip-klip persembahan Siti di Indonesia dan bersama 2 By 2 memang tidak Siti jangkakan mereka akan masukkan klip sebegitu,” jelas Siti lagi.

Tambah penerbit, Lina Tan, dia akui sukar untuk menyunting 12 jam rakaman footage yang ada untuk dijadikan dokumentari sepanjang satu jam.

“Kita bermula sejak awal tahun, dari proses pengumpulan bahan lagi. Bila kita dah temuramah ramai orang yang terlibat ada lebih 12 jam footage yang ada. Memang sukar untuk menyunting dokumentari tersebut. Yang menariknya bila kita selesai menemuramah, kita semakin kenal siapa Siti sebenarnya. Dia popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia dan Singapura. Kita juga sedar yang sukar untuk menjadi bintang di sini dan apakah kehidupan sebenar yang mereka lalui.” ulas Lina selaku penerbit dokumentari tersebut.

Antara yang diwawancara termasuk komposer Adnan Abu Hassan, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali, wartawan hiburan kanan, Zainal Alam Kadir, Jennifer Thompson dan Michael Ong.

Dokumentari “Siti Nurhaliza” akan ditayangkan pada 11 Januari 2012 pukul 10 malam di saluran History (Astro 555). Ia akan diulangtayang pada 12 Januari (8 malam), 14 Januari (6 petang) dan 15 Januari pada pukul 9 malam.

Kredit: MummyNemo
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Dokumentari Khas Siti Nurhaliza kini di ASTRO!

Edisi Sentap! Orang Utan Terpegang "TUTTT" Dato Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on


Agak-agak kalau Datuk K nampak dia melenting tak??? Hahahahaha otak kuning...
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Orang Utan Terpegang "TUTTT" Dato Siti Nurhaliza!

Edisi Sentap! Siti Nurhaliza Mengandung Hanya Khabar Angin!

Oleh Kaki Wayang on


Penjelasan siti tentang gosip mengandung.
http://4.bp.blogspot.com/-0NoNh0PEZuA/Tv_7L639drI/AAAAAAAAEfM/Whgzmvz2pnQ/s1600/siti.png


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Siti Nurhaliza Mengandung Hanya Khabar Angin!

Edisi Sentap Mak Jemah! Vokal Bukan Sekadar Rupa!

Oleh Kaki Wayang on


Sentap mak bila tengok gambar ni..ini lah yang dikatakan Vokal Bukan Sekadar Rupa..memang mantap..Kalau dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza..konfem versi Hulk akan keluar...peace no war!!!



Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Mak Jemah! Vokal Bukan Sekadar Rupa!

Edisi Gempak! Gambar Macho Khairul Fahmi di Majalah GLAM!

Oleh Kaki Wayang on


Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat.

Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.

Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012.

Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang.

Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk edisi khas Januari/Februari ini.

Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.

Perkembangan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, Apex pernah dilaporkan seolah-olah ingin bersara awal dari karier bola sepak setelah dihujani pelbagai kontroversi yang membabitkan diri dan aktiviti sosialnya.

Persoalannya, apakah Apex benar-benar serius dengan kenyataan ‘merajuk’ tersebut dan beralih arah ke bidang peragaan?

Jika benar, apakah negara dan skuad Harimau Malaya bakal kehilangan seorang penjaga gol yang sangat berpotensi serta berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat?

Namun,  Apex telah membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi fenomena dan memiliki ‘aura’ yang berjaya menarik ramai pihak untuk terus menyokongnya, khususnya setelah mempertahan dan menewaskan skuad Garuda di tempat lawan pada Sukan Sea di Indonesia baru-baru ini.

Kredit: MyNewsHub

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Gambar Macho Khairul Fahmi di Majalah GLAM!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...