PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Syarat dan Panduan SBPA. Show all posts
Showing posts with label Syarat dan Panduan SBPA. Show all posts

Edisi Terkini! Pelarasan Gaji Kuatkuasa 1 Januari 2012 - Tunggakan Akan Dibayar Sekali!

Oleh Kaki Wayang on


Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. 

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pelarasan Gaji Kuatkuasa 1 Januari 2012 - Tunggakan Akan Dibayar Sekali!

Edisi Terkini! Pengumuman Keseluruhan Perdana Menteri Mengenai Pemansuhan SBPA!

Oleh Kaki Wayang on


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Perdana Menteri juga mengumumkan :
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pengumuman Keseluruhan Perdana Menteri Mengenai Pemansuhan SBPA!

Edisi Terkini! SBPA dimansuh, kembali ke SSM!

Oleh Kaki Wayang on



Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! SBPA dimansuh, kembali ke SSM!

Edisi Hangat! 8 Mac 2012 – Berita Gembira Untuk 1 Juta Kakitangan Awam!

Oleh Kaki Wayang on

Kakitangan Awam Malaysia

Kakitangan awam seluruh negara pasti akan terperanjat dan gembira apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman amat penting melibatkan perubahan gaji dan skim perkhidmatan kumpualan berkenaan, pagi esok di Putrajaya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! 8 Mac 2012 – Berita Gembira Untuk 1 Juta Kakitangan Awam!

Edisi Informasi! Dasar Gaji Minimum Tidak Mufliskan Negara!

Oleh Kaki Wayang on


Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan dasar gaji minimum yang mahu dilaksanakan kerajaan akan menyebabkan ekonomi Malaysia muflis sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar.

Menterinya,  Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebaliknya berkata, negara akan mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya dan pada masa sama memperkembangkan ekonomi negara.

“Dasar ini tidak akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara secara keseluruhan. Malaysia bukan negara pertama memperkenalkan gaji minimum kerana negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom telah lama melaksanakan dasar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian  Sijil Tamat latihan Program Pelatih Penyiaran Astro 2011 di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai berkata, beliau bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja.

Beliau dipetik berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, Malaysia tidak sepatutnya dibandingkan dengan Vietnam atau Kemboja dalam hal tersebut kerana negara ini sedang bergerak ke arah matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi.

Justeru, katanya, Malaysia seharusnya bersaing dengan negara maju seperti Singapura atau Taiwan apabila melibatkan soal dasar gaji minimum.

Jelasnya, kerajaan mahu rakyat memperoleh gaji yang lebih daripada gaji minimum dan bukannya pada gaji minimum.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Dasar Gaji Minimum Tidak Mufliskan Negara!

Edisi Terkini! PM Umum Kadar Gaji Minimum Dalam Tempoh Terdekat!

Oleh Kaki Wayang on

Kerajaan telah membuat keputusan mengenai kadar gaji minimum dan butiran terperinci akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan telah dicapai di antara pelbagai parti dan Kementerian Sumber Manusia.

"Kami telah mencapai persetujuan dengan majikan, kesatuan pekerja dan kementerian sudah menghantar kertas cadangan. "Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai iaitu dalam tempoh terdekat," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di sini, Ahad.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! PM Umum Kadar Gaji Minimum Dalam Tempoh Terdekat!

Edisi Hangat! Jumlah cuti umum tidak akan dikurang selepas pelaksanaan gaji minimum!

Oleh Kaki Wayang on

Kerajaan tiada cadangan untuk mengurangkan jumlah cuti umum apabila cadangan gaji minimum dilaksanakan kerana pendirian itu diyakini telah mengambil kira aspek produktiviti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang penting adalah untuk semua pihak meningkatkan produktiviti supaya ekonomi negara dapat terus berkembang supaya setaraf dengan negara-negara maju.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Jumlah cuti umum tidak akan dikurang selepas pelaksanaan gaji minimum!

Edisi Paling Hangat! ISU SBPA: Pengumuman Kenaikan Gaji Kakitangan Awam oleh Najib Tun Razak 12 Mac!

Oleh Kaki Wayang on


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Sila baca selanjutnyaEdisi Paling Hangat! ISU SBPA: Pengumuman Kenaikan Gaji Kakitangan Awam oleh Najib Tun Razak 12 Mac!

Edisi Hangat! Kenaikan Gaji Terbesar Untuk Kakitangan Awam dan Jadual Gaji!

Oleh Kaki Wayang on


 Alhamdulillah..syuukur dan terima kasih kepada Presiden CEUPACS yang begitu tekun dan rajin serta berusaha demi keharmonian dalam dunia pekerjaan terutama kepada Kakitangan Awam..diharapkan dengan cadangan dan tuntutan yang CEUPACS kemukakan ini akan dipersetujui oleh kerajaan kelak. Berikut merupakan senarai dan perkiraan jadual gaji sekiranya ianya diluluskan.

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kenaikan Gaji Terbesar Untuk Kakitangan Awam dan Jadual Gaji!

Edisi Paling Hangat! ISU SBPA: Kakitangan Awam Bakal Dapat Kenaikan dari RM700 - RM2500!

Oleh Kaki Wayang on



Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

“Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

“Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500,” katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

“Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. “Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka,” katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. “Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan,” katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

“Jika tidak boleh juga…apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Paling Hangat! ISU SBPA: Kakitangan Awam Bakal Dapat Kenaikan dari RM700 - RM2500!

Edisi Terkini! CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari!

Oleh Kaki Wayang on


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari!

Edisi Hangat! Jadual Tangga Gaji SBPA DG41, DG44, DG48, BG52, DG54!

Oleh Kaki Wayang on



Di bawah SBPA hanya satu jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.

Berlaku perubahan pada DG gred sebelum ini yang perlu di ambil perhatian oleh semua:

 1) DG41

    Ditukar kepada 1-1
    Gaji Permulaan
RM 1925 & Gaji Maksimum RM 6220
    Kenaikan Gaji Tahunan ialah
RM 225
    Kenaikan Pangkat Daripada DG 1-1 Ke DG 1-2 ialah 8 Tahun

2)  DG 44

    Ditukar kepada 1-2
    Gaji Permulaan
RM 2985 & Gaji Maksimum RM 7235
    Kenaikan Gaji Tahunan ialah
RM 250
    Kenaikan Pangkat Daripada DG 1-2 Ke DG 1-4 ialah 8 Tahun

3)  DG 48

    Ditukar kepada 1-4
    Gaji Permulaan
RM 4390 & Gaji Maksimum RM 8710
    Kenaikan Gaji Tahunan ialah
RM 270
    Kenaikan Pangkat Daripada DG 1-4 Ke DG 1-5 ialah 6 Tahun

4)  DG 52

    Ditukar kepada 1-5
    Gaji Permulaan
RM 5260 & Gaji Maksimum RM 9610
    Kenaikan Gaji Tahunan ialah
RM 290
    Kenaikan Pangkat Daripada DG 1-4 Ke DG 1-5 ialah 3 Tahun

5)  DG54

    Ditukar kepada 1-6
    Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum RM 11,505
    Kenaikan Gaji Tahunan ialah RM 320

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Jadual Tangga Gaji SBPA DG41, DG44, DG48, BG52, DG54!

Edisi Hangat! Berita Baik Kepada Kakitangan Awam Lama - CEUPACS!

Oleh Kaki Wayang on



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat memberi perhatian kepada kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA). Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya menyarankan kumpulan itu dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada petugas-petugas berkenaan.

Katanya perkara ini perlu dikaji supaya kedudukan mereka yang berkhidmat lama dengan kerajaan diambil kira dan mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21.

"Sekarang ini kalau kita lihat, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat empat atau lima tahun.

"Dalam SPBA sekarang, mereka yang ada sijil diberi kenaikan kepada Gred T8. Tetapi yang sudah lama berkhidmat pula tidak berpeluang kerana mereka tidak dapat pengiktirafan...sedangkan mereka juga mempunyai sijil yang sama," katanyakepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada satu majlis penerangan bersama Kesatuan Kakitangan Sokongan Jabatan Perikanan Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng. Sehubungan itu Azih berkata Cuepacs juga mahu lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana ketika ini jumlahnya adalah terlalu sedikit dan berharap perkara ini dikaji semula sewajarnya.

"Kita juga mahu menekankan apa yang disentuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 mengenai penyelarasan kenaikan gaji dari tujuh hingga 13 peratus sebenarnya tidak langsung berlaku.

"Ini kerana sebilangan besar penjawat awam sebenarnya tidak menerima kenaikan sehingga tujuh peratus, tetapi cuma menerima sehingga empat peratus sahaja," katanya.

Selain itu katanya, Cuepacs masih komited memperjuangkan lima fokus utama berhubung SBPA dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan sebaik mungkin.Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus danmenyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Berita Baik Kepada Kakitangan Awam Lama - CEUPACS!

Edisi Informasi! Isu SBPA: 5 Cadangan CEUPACS diterima JPA!

Oleh Kaki Wayang on

PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid

Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.

"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Isu SBPA: 5 Cadangan CEUPACS diterima JPA!

Edisi Hangat! Cadangan Gaji CEUPACS untuk Penambahbaikan Skim Gaji SBPA!

Oleh Kaki Wayang on

 


Setelah diteliti dan diamati..rasanya macam tak banyak sangat perubahan dari sistem gaji yang JPA dah keluarkan sebelum ini..dan rasanya selepas ini pun pasti ada Kakitangan Awam yang akan mengkritik cadangan berkenaan..walaubagaimanapun terdapat sedikit perubahan bagi Kumpulan Sokongan walaupun ianya tidak secara keseluruhan dan tidak begitu meningkat dari skim gaji yang JPA tetapkan sebelum ini..

Walau apa pun harapan Kakitangan Awam agar semakan gaji baru ini berlaku beitu tinggi memandangkan hasrat kerajaan ingin menjadikan Negara Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun, maju dan berpendapatan tinggi..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Cadangan Gaji CEUPACS untuk Penambahbaikan Skim Gaji SBPA!

Edisi Informasi! Tiga Bulan Cukup Semak SBPA!

Oleh Kaki Wayang on

Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini, Rabu.

Pasukan semakan itu yang bermesyuarat selama kira-kira dua jam turut dianggotai Cuepacs, pegawai kanan JPA, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Ismail berkata buat masa ini terlalu awal untuk pasukan itu membincangkan mengenai cadangan atau penambahbaikan SBPA kerana pihaknya masih menunggu maklum balas daripada penjawat awam sehingga 15 Feb depan untuk membuat sebarang cadangan.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Tiga Bulan Cukup Semak SBPA!

Edisi Hangat! SBPA disemak semula selesai isu berbangkit - PM!

Oleh Kaki Wayang on


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula. Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama. Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! SBPA disemak semula selesai isu berbangkit - PM!

Edisi Hangat SBPA! Penjawat Awam Bakal Naik Gaji Lagi! Semakan Segera untuk Gred 17!

Oleh Kaki Wayang on

CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin. 

Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan. 
 
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.

“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.

“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.

Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.

“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat SBPA! Penjawat Awam Bakal Naik Gaji Lagi! Semakan Segera untuk Gred 17!

Edisi Informasi! Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari!

Oleh Kaki Wayang on

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Jan depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias. Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.

"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Dis tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.

"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Jan depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini.

Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Jan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan supaya Cuepacs dan JPA mengadakan rundingan dengan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama. Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan. Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

P/s: Seb baek dilanjutkan..aku dahlah cuti balik ke kampung..kalau tak xsempat nak sain..


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...