PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Komen Ustazah Siti Nor Bahyah tentang lawak Sepah

Oleh Kaki Wayang on

Tertarik dengan blog Amor Est Vitae Essentia sal komen Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang lawak kumpulan Sepah Maharaja Lawak..tergerak hati pula nak kongsikan entri beliau kat sini..Nampaknya Ustazah Siti ni tak marah pon kan pasal lawak yang dilakonkan oleh Kumpulan Sepah tu..

Macam ni la Ustazah..tak perlu nak melenting untuk perkara remeh seperti tu..pada pandangan orang lain lawak Sepah itu nampak seperti "over" sangat..tapi dimata orang lain ianya sangat remeh untuk diperbesarkan..ikuti komen Ustazah Siti Nor Bahyah tentang lawak Sepah tempohari..By the way..tahniah atas kemenangan Kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak 2011.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Komen Ustazah Siti Nor Bahyah tentang lawak Sepah

Edisi Tips Blog! Pentingnya Penulisan Kreatif!

Oleh Kaki Wayang on

http://erickutny.com/wp-content/uploads/2010/09/blog-wordle1.jpg

Hai kengkawan..wat pe malam ni?dah makan lum ni..dari tadi asyik berblogwalking je kat blog kengkawan lain..banyak benda yang buat aku tertarik dengan penulisan blogger lain yang sangat kreatif..kalau nak cakap sal Ben Ashaari lainlah..dia dah "terrorrist" bab ni..dah la badan ketul-ketul..selalu pula tu membantu blogger-blogger lain dengan pelbagai segmen untuk menyatupadukan blogger di Malaysia..Cik Munna pla dah makin hebat dah bab menulis entri ni..dengan pelbagai informasi dan tips-tips untuk mereka yang bergelar blogger baru..Bro Eyriqazz pula blogger yang sangat kreatif dalam penulisan entrinya..blogger yang seringkali mendapat pelbagai hadiah dan tak kedekut dalam berkongsi rezeki dengan orang lain..

http://www.masternewmedia.org/images/how-to-blog-blackboard-classroom_id785240_size485.jpg

Bagaimana pula dengan havang Yazid Yahya? blogger baru yang semakin hebat mengupdate blognya dengan pelbagai sudut pandang yang berbeza disamping review terhadap drama-drama dan filem-filem tempatan..amat sesuai dengan tagline "PLAIN" yang dicanang-canangkan dalam blognya..penulisannya semakin kreatif..lihat saja review beliau tentang Drama Nora Elena..merupakan salah satu tajuk yang menjadi hits kepada blog beliau.. Cuba korang masuk pula blog "mak" aku ni..si eMMe Adnan..kebanyakan entri yang ditulisnya seperti stanza-stanza puisi, syair mahupun pantun (walaupun bukan)..banyak juga input-input yang boleh didapati di blog beliau..Mak aku lah katakan..dan tahniah tau dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang baru ni..semoga menjadi mak yang baik yerrr..(tetiberrr)

Pendek kata semua blogger-bloger yang aku nyatakan kat atas ni sebenarnya semua ada kelebihan masing-masing..semuanya merupakan blogger-blogger hebat tak kiralah yang baru ataupun yang lama..Semoga aku pown akan jadi blogger-blogger hebat macam diorang..
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Pentingnya Penulisan Kreatif!

Betol-betol Sedih! Sedekah Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on

http://icov.co.uk/wp-content/uploads/241322_1929297279810_1463562777_2059154_331857_o-300x199.jpg 

Malam tadi masa Siaran Langsung Maharaja Lawak, Saiful Apek ada mengatakan ingin bersederhana pada malam itu dan menyeru kepada semua penonton untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu Mamat Khalid yang baru meninggal dunia..sebelum meneruskan bacaan..meh kita sedekahkan Al-Fatihah...

Al-Fatihah!

Aku merupakan pengikut setia blog Abg Mamat Khalid..tertarik dengan satu artikel yang sangat indah tutur kata dan sasteranya..semuanya ditujukan untuk ibunya..sila ikuti kisahnya: Mak Berjalan Ke Syurga
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Sedekah Al-Fatihah!

Betol-betol Hangat! 13 tahun tahan gelora!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL..Zaimah menceritakan kisah malangnya kepada wartawan.
KESAL..Zaimah menceritakan kisah malangnya kepada wartawan. 
 
13 tahun gersang. 13 tahun tahan gelora..meh kita ikuti kisahnya..
 
Bukan saja diabaikan sebagai isteri, malah wanita ini ibarat digantung tanpa tali oleh suaminya sejak 13 tahun dulu gara-gara disihir dan ‘diikat’ seorang wanita lain. Sejak itu juga, Zaimah, 53, sering tertekan dan terpaksa menguruskan segala keperluan rumah dan menjaga tujuh anaknya seorang diri. Malah, suaminya juga tidak mempedulikan keluarganya selain mengabaikan nafkah zahir dan batin.

Menurut Zaimah, ketika mula berkahwin dengan suaminya 33 tahun dulu, lelaki itu seorang yang penyayang walaupun panas baran. Perubahan sikap suaminya dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang wanita yang menjalin hubungan dengan suaminya menggunakan ilmu sihir bagi ‘mengikat’ nafsu suaminya.


“Sudah 13 tahun saya tidak dilayan seperti isteri. Macam-macam alasan diberi suami. Ketika berada di rumah, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak mahu bersama saya kerana alasan kononnya dia mati pucuk.

“Alasan itu tidak munasabah. Selepas beberapa bulan saya diberitahu mengenai masalah itu, dia pernah kembali bersama saya dan tiada sebarang perubahan pada nafsu seksnya.

“Saya yakin nafsunya diikat wanita itu selepas beberapa pengamal perubatan yang saya temui memberikan jawapan sama,” katanya.

Bukan setakat itu, suaminya juga dipercayai berkahwin dengan wanita terbabit di negara jiran tanpa pengetahuannya.

“Seorang rakan memberitahu dia terserempak suami saya yang ketika itu membawa seorang wanita dan seorang anak kecil yang diperkenalkan sebagai keluarga barunya.

“Hati isteri mana tidak terguris selepas mengetahui suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, selepas didesak pelbagai soalan dia masih mengunci mulut dan tidak mengaku sudah berkahwin.

“Saya tidak kisah jika dia mahu bermadu, tetapi jangan sampai melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini tidak, sudahlah nafkah batin tidak diberi, dia turut melupakan nafkah zahir.

“Akhirnya, saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan demi menanggung keperluan seharian sambil membesarkan anak,” katanya.

Menurut Zaimah, pengamal perubatan yang ditemui memberitahu suaminya disihir seseorang sehingga menjadikannya lupa kepada isteri, keluarga dan anak.

“Saya diberitahu suami mungkin diberi makanan seperti nasi kangkang dan kotoran wanita (haid) oleh perempuan itu. Sebab itu dia lupa tanggungjawabnya dan kini terikat dengan wanita tidak berhati perut terbabit.

“Saya sedih. Jika benar wanita itu ingin memiliki suami saya, biar dengan cara betul. Jangan menyeksa saya dan keluarga dengan ‘mainan’ kotor.

“Begitupun, kini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Saya yakin, dia (wanita) tidak akan bahagia dengan caranya. Saya bertekad tidak memaafkan mereka,” katanya.

Lebih malang, sejak bertahun hidup terseksa kerana ditinggalkan suami, Zaimah kini diceraikan ketika cuba meminta penjelasan mengenai perubahan sikap suaminya itu yang jarang pulang ke rumah.

“Sejak 13 tahun dulu, dia jarang pulang ke rumah. Kebiasaannya, dia akan balik rumah seminggu sekali. Begitupun, dia hanya pulang dua minggu sekali dan kemudian sebulan sekali.

“Kini, saya langsung tidak berjumpanya. Anak-anak juga mengalami nasib sama apabila tidak berjumpa ayah mereka. Kami seakan-akan sudah tawar hati. Selepas berjumpa puluhan pengamal perubatan, ustaz dan bomoh, sihir itu masih tidak terlerai dan sikapnya masih sama.

“Pernah sekali saya bertanya mengenai masalah ini dengannya, namun dia naik angin dan melafazkan cerai kepada saya menerusi SMS pada Mei lalu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menelefon serta memaki-hamun saya sebelum melafazkan cerai buat kali kedua. Saya yakin suami berada di bawah pengaruh wanita itu dan saya tidak akan sesekali memaafkannya,” katanya.

Bertahun-tahun hidup merana, Zaimah sudah membawa perkara ini ke mahkamah syariah berikutan suaminya sudah melafazkan cerai selain tidak sanggup menerima pelbagai tekanan.

“Sudah berkali-kali kes kami disebut di mahkamah, tetapi suami tetap tidak muncul ketika prosiding. Begitupun, jika dia tidak muncul untuk kali terakhir, saya akan mendapatkan tuntutan fasakh daripada mahkamah.

“Selain itu, saya akan menyiasat sama ada benar dia sudah berkahwin dengan wanita terbabit ataupun hanya bersekedudukan dengannya. Selepas itu, saya akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Source: Harian Metro Online
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! 13 tahun tahan gelora!

Betol-betol Hangat! Sah Anwar!

Oleh Kaki Wayang on


Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu, pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T pada 21 Mac lalu adalah 99.99 peratus mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee berkata, pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang menjalankan analisis pengenalpastian wajah dengan membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar telah mengesahkan pelaku lelaki dalam video seks itu adalah seiras dengan gambar ketua pembangkang tersebut.

"Laporan pakar bertarikh 4 Jun 2011 mengesahkan terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan foto Anwar melalui analisis pengenalpastian wajah," kata Muhammad Shafee ketika ditemui selepas prosiding mahkamah ditangguhkan seketika di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini semalam.

Mengikut fakta kes yang turut dibacakan di Mahkamah Majistret itu, dua orang pakar forensik digital dari Dartmouth College itu mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah seiras dengan Anwar. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Sah Anwar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...