PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Informasi! How to deactivate Facebook account?

Oleh Kaki Wayang on


To deactivate your account:
  1. Click the account menu at the top right of any Facebook page
  2. Choose Account Settings
  3. Select Security from the left-hand menu
  4. Click on "Deactivate your account"
When you deactivate your account, your profile (timeline) and all information associated with it disappears from the Facebook service immediately. People on Facebook will not be able to search for you or view any of your information.

If you’d like to come back to Facebook anytime after you’ve deactivated your account, you can reactivate your account by logging in with your email and password. Your profile (timeline) will be restored in its entirety (friends, photos, interests, etc.). Remember that you will need to have access to the login email address for your account in order to reactivate it.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! How to deactivate Facebook account?

Edisi Khas! Harimau Malaya membaham EGO Sang Garuda!

Oleh Kaki Wayang on



Layanan teruk, Isyarat lucah, lagu Negaraku diejek, tidak dihormati oleh rakyat Indonesia antara layanan yang diberikan oleh seluruh warga Indonesia kepada Pasukan Malaysia sepanjang Pasukan Malaysia berada di bumi Indonesia ketika menyertai Sukan Sea 2011 Jakarta dan Palembang..sampai disuatu ketika pasukan Malaysia terpaksa menaiki “Barracuda” bagi mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

 
Berbekalkan semangat juang tinggi merupakan satu-satunya senjata yang digunakan oleh Pasukan Harimau Malaya apabila berhadapan dengan lebih 180,000 penyokong Indonesia dalam perlawanan Akhir Bolasepak Sukan Sea 2011 bagi menentukan pingat emas bolasepak iaitu ibu sukan dan ibu pingat di Sukan Sea.

 
Terdahulu Myanmar merupakan pasukan yang berjaya menggondol pingat gangsa apabila mengalahkan Vietnam 4-1. Berbalik kepada episode ngeri Indonesia dan episode suka Malaysia..Malaysia sebenarnya pasukan pilihan bagi pertandingan kali ini setelah berjaya menggondol pingat emas pada temasya yang sama yang pada ketika itu diadakan di Laos pada tahun 2009..dan pada kali ini Harimau Muda (Malaya) sekali lagi dapat mempertahankan Pingat Emas yang dimenangi sebelum ini apabila menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalty setelah terikat 1-1 selepas tamat perlawanan..

 
Sepanjang 120 minit perlawanan pelbagai rasa, luahan dan kelakuan kurang waras dapat dilihat dan dirasakan oleh seluruh warga Malaysia..antaranya..ada yang lemah jantung, takut nak tengok bilamana pemain Malaysia mengambil sepakan penalty, gembira tatkala pemain Indonesia gagal menjaringkan gol, mengutuk dan mencemuh dan macam-macam lagi..siap ada yang berlari masuk ke bilik dek tidak mampu untuk melihat sekiranya pasukan Malaysia kalah..


 Namun semua perasaan itu kembali hilang dan ceria apabila Badrol Bahtiar menjadi wira Malaysia pada perlawanan itu..walaupun sepakan beliau dapat ditmpan oleh penjaga gol Indonesia namun ianya tidak mampu menghalang bola sepakan Badrol Bahtiar dari bergolek masuk ke pintu gol Indonesia..seriau dibuatnya..tangisan gembira, syukur dan macam-macam lagi mengiringi kejayaan Malaysia..


Diketika lagu Negaraku dikumandangkan kita masih mampu melihat penyokong Indonesia yang tidak berdiri dan tidak menghormati apabila lagu kebangsaan dikumandangkan..Apapun tahniah Malaysia kerana mampu melenyapkan Ego Sang Garuda..amekawwwwwwwww!!!!

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Harimau Malaya membaham EGO Sang Garuda!

Malaysia vs Syria Kelayakan Olimpik London 2012

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah..tahniah dan syukur atas kemenangan yang dijelmakan oleh Skuad Harimau Muda Malaysia yang berjaya mengungguli saingan Akhir Bolasepak Sukan Sea apabila menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti (4-3) selepas hanya mampu seri 1-1 selepas tamat perlawanan. Ini bermakna Pasukan Malaysia mempertahankan kejuaraan yang dimilikinya 2 tahun lalu di Laos. Apapun tahniah Pasukan Harimau Muda yang membaham Sang Garuda.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwj4m4pk0QWGP38TNAwbeOLj_aVdGCvGZ8mnzYH_DroSP_6RvgWK68DfQvztkSUnF8eDXujedWBUuOpwhMIv0V2pL9dCgN7ux2dl8L5QW0vr0bxUHIUU5CBojbRrTTGy1n3gSEXMRm-hAL/s1600/logo_london2012_asian_quali_3x2.gif

Selang 4-5 jam selepas kemenangan itu, Pasukan Malaysia bergegas ke Lapangan Terbang Indonesia dan seterusnya pulang ke tanahair bagi menghadapi satu lagi tugas getir apabila dijadualkan bertemu Syria pada Rabu ini (23 Nov. 2011) bagi saingan Kelayakan Sukan Olimpik 2012. Apa yang kita harapkan Malaysia mampu untuk bersaing dengan salah sebuah pasukan gergasi timur tengah itu nanti. Kami sebagai rakyat Malaysia faham akan keletihan dan keperitan seluruh pemain pasukan Malaysia namun kami masih mengharapkan agar Pasukan Malaysia mampu untuk bersaing dengan pasukan Syria nanti..

Apa yang saya harapkan, janganlah ada diantara kita mengutuk seandainya Pasukan Malaysia tidak mampu untuk bermain sebaik mungkin nanti tetapi berilah sokongan tidak terhingga kepada mereka.

Keputusan Malaysia - Syria: 0 - 0

Jadual Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012


- Malaysia vs Syria, 23 November 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Malaysia vs Bahrain, 27 November 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Bahrain vs Malaysia, 5 Februari 2012.

- Malaysia vs Japan, 22 Februari 2012 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Syria vs Malaysia, 14 March 2012.




Sila baca selanjutnyaMalaysia vs Syria Kelayakan Olimpik London 2012

Betol-betol Hangat! Hazman Halid kat Kuantan!

Oleh Kaki Wayang on


Salam semua...

Sabtu lepas, Aku ngn Yazidy Evangelien aka Yazid Yahya pemilik ThePlainYard menghabiskan masa sehari berada di Kuantan..bukan berbulan madu occay..skandal sangat..just habiskan masa kat East Coast Mall..lagipun dah lama tak ke Kuantan lebih-lebih lagi ngan Blogger Retis macam Yazid ni..biasalah artis Youtube lah katakan..pandai masak pula tu..

Macam biasalah kalau g Kuantan konfem tengok wayang..dah nickname aku pun Kaki Wayang..memang kenalah pegi tengok wayang..dalam sebulan tu paling kurang kene tengok wayang sekali..dan macam biasa juga selepas beli tiket wayang kitorang akan makan "ringan-ringan" kat KFC..ringan sangat..makan Nasi Ayam KFC..tapi kan..yang menarik perhatian kami adalah..Yazid seperti terpandang akan seseorang yang amat "beliau" kenali..siap bisik lagi..

"Azri, yang tu macam yang selalu post (upload) video dia main piano lah kat FB"

"Yeke?"..(sambil berfikir..sape lah pulalah artis yang makan kat KFC ni...)

Tanya punya tanya..then Yazid bagitau muka orang tu macam Hazman Halid..Yazid Yahya pula macam nak sangat jumpa ngan si Hazman ni..aku suh dia tegur dia tak nak..malu katenyer..segan giler..so, kitorang "siasat"lah betul ke Hazman Halid ada kat Kuantan..masuk FB dia..haaaaa sudah..memang betul dia ada kat Kuantan..siap dia update lagi ngah makan kat KFC..sah memang dia Hazman Halid..

Pastu HH update status FB dia nak tengok Immortals..haaaa sudah!!! sama macam kitorang nak tengok Immortals jugak..tapi masa kat dalam Pangung tu tak nampak pula HH ngan kengkawannya..takpela biarkan...rupa-rupanya HH dah keluar dulu dah..dia tengok dalam 45minit je filem tu..dia kata macam predictable sangat filem Immortals tu..kot laaa kalau aku tak salah dia cakap macam tu kat FB dia..pastu kan, kitorang tunggu sorang mamat ni..Mohd. Khairi namanya kalau tak silaplah..dia ni pun blogger retis juga..pakar designer..semua taman perumahan, taman permainan kat Malaysia ni dia yang design..hebat tak..hahahaha..saje je cakap satu Malaysia..barulah nampak akan ker"retis"annya..

Mohd. Khairi? tetiba tertaip namanya di sini..sebenarnya kitorang ajak dia g Kuantan..al-maklumlah..blogger retis kenelah jemput kan..tunggu punya tunggu depan panggung wayang..sampai ke tengah hari tunggu tak nampak batang hidong..terus kitorang masuk KFC..tu yang jumpa HH tu..kan Yazid kan..Sentap tunggu lama-lama.."dah lah basah kutup kene hujan..."..Ada hal katenyer tu sebab tak dapat datang..

Anyway, HH..welcome to Kuantan...Kalau sudi datanglah Kuantan lagi...leh "Karox" sama-sama..lagipun Yazid dan Mohd. Khairi tu peminat setia HH..pantang nampak lelaki ganteng dan hensem katenyer..lagipun dua-dua artis..dua-dua pandai nyanyi..designer, photographer dan blogger..hebat kan...


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Hazman Halid kat Kuantan!

Live Streaming Indonesia vs Malaysia - Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2011

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkiIkNdWID_PXYHuumuIDpce6a_lvgP5xA00-FTI3iDD-Hwbuxj-MwVqUAPqYsBvXlbUi9gY3ArQRK-Yc1dXUTRP1nCYnsn9ws3yViEMZgcLyT6Ses6VHICx6TOH3SNJbrxuvQQXdgieU/s1600/Indonesia-Vs-Malaysia.gif

Apa yang aku harapkan adalah, pasukan Malaysia akan memenangi perlawanan pada malam ini..Bertemu dengan Pasukan Indonesia yang sejak akhir-akhir ini pasukan bawah 23 tahun mereka begitu konsisten apabila memenangi kesemua tiga perlawanan bola sepak Sukan SEA 2011..

Lihat saja rekod pertemuan mereka sebelum ini..perlawanan pertama membabitkan Indonesia menentang Kemboja yang memihak kepada pasukan tuan rumah Sukan SEA 2011 itu dengan 6-0..kemudiannya menewaskan Singapura dan seterusnya menewaskan Thailand 3-1..sudah membuatkan Pasukan Malaysia gerun dengan pencapaian itu..

Namun begitu, bukan Indonesia sahaja yang meningkat akan mutu pasukannya..malah Malaysia juga merupakan salah satu pasukan yang semakin meningkat dan konsisten..merupakan pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2009 menyebabkan Malaysia kini menjadi sebuah pasukan yang sentiasa diintai akan musuh-musuh dari pasukan lain..semua pasukan ingin menewaskan Malaysia..lebih-lebih lagi Malaysia kini merupakan Juara Bolasepak AFF..

Berbekalkan semangat itulah, kita mengharapkan anak-anak buah Ong Kim Swee mampu memungut mata penuh pada malam ini sekaligus meraih tempat dalam Separuh Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011..kepada peminat-peminat bolasepak Malaysia dan kepada semua rakyat Malaysia..jom sama-sama kita berikan sokongan..yang tak dapat pegi ke Indonesia tu macam aku kita tengok TV jelaaa yerr..ASTRO ARENA 801 pukul 8.00 malam ini...


ATAU



Sila baca selanjutnyaLive Streaming Indonesia vs Malaysia - Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...