PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Agam! Berhijrah daripada membuat dosa!

Oleh Kaki Wayang on

NALURI manusia yang normal sudah pasti mahukan kepada kejayaan atau pun perubahan yang lebih baik pada setiap masa. Tiada manusia yang sempurna akalnya, mahu terus hidup dalam kegelapan dan bergelumang dalam dosa dan maksiat.

Persoalannya, bagaimana mahu berubah dan untuk berubah, manusia itu perlu mengorbankan banyak perkara. Antaranya adalah 'kekuatan' untuk mengorbankan rasa selesa berada pada tahap sedia ada dan berusaha atau berhijrah melaksanakan transformasi dalam diri untuk menjadi insan mukmin yang berjaya.
Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka...(ar-Ra'd: 11)

Sebagai mana kita maklum, hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwarah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru. Kaum muslimin juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka berbanding tekanan dan suasana umat Islam di Mekah.

Daripada Aishah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekah) tetapi jihad dan niat (yang baik). Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah. (riwayat Muslim)

Sememangnya tidak ada lagi hijrah selepas hijrah (perpindahan) Nabi SAW itu. Yang ada, adalah hijrah dalam segi berjihad menentang hawa nafsu yang suka mengajak manusia bergelumang dalam noda dan dosa.
Penolong Profesor Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, hijrah dalam segi bahasa bermaksud tinggal.

Justeru katanya, umat Islam masa kini perlu berusaha berhijrah dalam tiga keadaan untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.

Pertama, hijrah seseorang daripada melakukan dosa dan kesalahan, kedua; meninggalkan negara kufur (yang melarang umat Islam melaksanakan Islam) dan ketiga; hijrah meninggalkan tempat-tempat maksiat.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekelian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam. (al-Nisa': 140)

Menurut Zaharuddin, maksud negara kufur di sini adalah negara yang melarang umat Islam melaksana ibadat.

"United Kingdom memang negara kufur tetapi tidak sampai menghalang umat Islam beribadat malah wujud masjid pelbagai mazhab di sana," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk 'Hijrah: Transformasi Ke Arah Kebaikan' di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, Jumaat lalu.

Seorang lagi ahli panel ialah Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn. Bhd., Dr. Zahazan Mohamed. Moderator ialah guru Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor, Ghazali Omar.

Forum yang dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang itu adalah anjuran bersama Masjid An-Nur, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Zaharuddin menambah, antara resipi kejayaan Rasulullah SAW berhijrah dan membentuk para sahabat menjadi mukmin adalah sering membawa akhirat dalam kehidupan.

Contohnya, dalam Perang Tabuk, umat Islam diperintah berjihad menentang musuh ketika masa hasil tanaman mereka hanya menunggu masa dituai. Keadaan ketika itu, kata Zaharuddin adalah musim panas dan orang Islam perlu membelah kawasan gurun yang suhunya mencecah 50 ke 60 darjah Celsius. Di sini, menurut belau, golongan munafik awal-awal lagi mencari pelbagai helah supaya tidak ikut serta berjihad bersama Nabi SAW.

"Lebih teruk lagi, mereka cuba mempengaruhi umat Islam supaya jangan berjihad dengan alasan antaranya, sudah tentu kamu akan mati kepanasan di padang pasir yang tidak ada air dan tempat berteduh.

"Namun baginda SAW bersabda kepada umat Islam, neraka Allah adalah lebih panas daripada yang bakal dilalui di padang pasir.

"Pendek kata, para sahabat mendalami ajaran Allah sebab itu mereka berjaya," jelas beliau.
Zaharuddin juga menarik perhatian agar masyarakat membetulkan salah tanggapan dalam mengukur kejayaan kaum wanita.

Katanya, Allah mencipta kaum lelaki untuk keluar bekerja dan wanita untuk mendidik keluarga dan anak-anak.

Menurut beliau, walaupun Saidatina Khadijah bekerja iaitu sebagai usahawan tetapi beliau adalah seperti pemegang saham dan duduk di rumah.

Demikian juga dengan Aisyah, beliau bekerja mengajar para sahabat ilmu Islam baik hadis dan juga al-Quran.

"Malangnya, media kini mencanangkan wanita yang hebat dan berjaya itu adalah wanita yang berkerjaya. "Bukan saya suruh para isteri berhenti kerja tetapi tugas utama isteri adalah di rumah iaitu menjaga 'sarangnya'. "Sebabnya, keluarga yang pincang akan melahirkan golongan pembunuh, perompak dan sebagainya," tegas beliau.

Sila baca selanjutnyaEdisi Agam! Berhijrah daripada membuat dosa!

Edisi Agama! Syarat untuk bebas dari belenggu dosa!

Oleh Kaki Wayang on

ALLAH SWT menyebut bahawa Dia yang memiliki tangga dan darjat yang tinggi serta nikmat-nikmat yang melimpah ruah yang dikurniakan kepada sekalian hamba-Nya yang terpilih. Kemudian Allah SWT menambah lagi dengan menyebut syarat untuk sampai kepada martabat yang tinggi itu dengan menjauhkan daripada kegelapan yang dapat memasukkan jiwa ke dalam neraka yang menyala-nyala sehingga dapat mengelupaskan kulit kepala.

Seterusnya, Allah SWT menjelaskan 10 syarat yang mampu membebaskan manusia daripada belenggu yang mengikat nafsu syahwat, antaranya:

*Sembahyang.
*Sentiasa mengerjakan sembahyang secara istiqamah pada waktu yang ditetapkan.
*Mendirikan sembahyang dengan cara yang paling sempurna dengan menghadirkan hati, khusyuk kepada Allah SWT di samping menjaga sunah-sunah serta peraturan sembahyang.
*Membenarkan kedatangan hari kiamat dengan melahirkan di dalam dirinya sama ada dalam bentuk iktikad atau amal perbuatan.
*Mengeluarkan sedekah dengan harta benda mereka kepada golongan fakir dan orang yang memerlukan.
*Menepati janji.
*Menunaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya.
*Memelihara faraj (kemaluan) mereka daripada melakukan perbuatan yang haram.
*Menyempurnakan kesaksian dengan menepati syarat-syaratnya.
*Takut terhadap azab Allah SWT.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (al-Maarij: 19-21).

Muqatil berkata: Ayat ini ditujukan kepada Umayyah bin Khalaf al-Jumahi. Adapun perkataan halu' terdapat tujuh pandangan:

*Seperti yang disifatkan dalam ayat-ayat selepas ini. Inilah riwayat Atiyah daripada Ibn Abbas dan pendapat Abu Ubaidah dan al-Zajjaj.
*Orang yang loba dan tamak dengan harta yang tidak halal baginya seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas.
*Orang yang bakhil. Inilah pendapat al-Hasan dan al-Dahak.
*Orang yang amat kedekut. Inilah pendapat Ibn Jubair.
*Orang yang jahat. Inilah pendapat Mujahid.
*Orang yang kasar lagi ganas. Inilah pendapat Ikrimah, Qatadah, Muqatil dan al-Farra'.
*Mereka yang keras lagi samseng. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.

Syed Qutub berkata: Tiga ayat yang pendek ini memberi gambaran yang jelas bahawa manusia amat gelisah dan cemas apabila ditimpa kesusahan seolah-olah ia adalah untuk selamanya. Ia menggambarkan manusia yang kedekut dan bakhil apabila mendapat kekayaan dan kesenangan. Dia menganggap hasil usahanya sendiri dan mengabaikan orang sekeliling tanpa berbakti kepada Allah dengan kekayaan yang dianugerahkan.

Apabila kekayaannya ditarik dan dirampas, maka mereka kegelisahan dan cemas tanpa pedoman. Itulah gambaran manusia yang sungguh malang dan menderita apabila hatinya kosong dari iman. Firman Allah SWT: Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya. (al-Maarij: 21-22)

Ibn Kathir berkata: Manusia disifatkan dengan sifat yang keji kecuali Allah memeliharanya memberi taufik dan hidayah ke arah kebaikan. Begitu juga mereka menjaga waktu solat dan segala yang wajib. Inilah juga pendapat Ibn Mas'ud, Masruq dan Ibrahim al-Nakaie.

Al-Maghari berkata: Manusia yang memiliki sifat yang tercela layak menerima kemurkaan Allah kecuali orang yang dipelihara dan ditunjukkan Allah SWT mengerjakan amalan kebaikan dengan dipermudahkan kepada mereka bagaimana melakukan sebab kebaikan itu.

Mereka itu terdiri daripada orang yang memelihara sembahyang pada waktunya serta tidak disibukkan dengan urusan lain. Ayat di atas menjadi bukti utama agar sentiasa mengerjakan amal ibadah kepada-Nya.

Firman Allah SWT: Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu. Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta). (al-Maarij: 24-25)

Ibn Kathir berkata: Sebahagian harta mereka diperuntukkan untuk mereka yang memerlukannya. Syed Qutub berkata: Yang dimaksudkan dengan peruntukan itu secara khususnya adalah zakat dan sedekah yang tertentu kadarnya. Peruntukan ini merupakan suatu hak dan kewajipan dalam harta kekayaan orang mukmin.

Mungkin tujuannya lebih luas dan besar iaitu mereka memperuntukkan sebahagian tertentu dari harta kekayaan mereka dengan kesedaran sebagai hak orang yang meminta bantuan dan orang yang susah. Dengan ini mereka dapat membebaskan diri mereka dari sifat kikir dan tamak di samping membuat orang yang kaya membantu orang yang miskin tanpa bersoal jawab dan sebagainya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Syarat untuk bebas dari belenggu dosa!

Edisi Agama! Bertabarruk dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW!

Oleh Kaki Wayang on

KITA menyambung perbincangan kita tentang bertabarruk atau mengambil berkat dengan bekas-bekas peninggalan Nabi SAW. Alhamdulillah, minggu lepas Yayasan Sofa dalam lawatan kerja ke Mesir berkesempatan melihat dan menyentuh beberapa bekas peninggalan Nabi SAW yang disimpan di Masjid Saidina Hussein r.a.

Wujud dan tersimpan baiknya bekas-bekas peninggalan nabi SAW itu hingga ke hari ini bukanlah sesuatu yang aneh jika kita melihat pelbagai laporan mengenai sikap generasi sahabat dan tabi'en dalam menghargai dan memelihara bekas-bekas peninggalan ini.

Melalui perbuatan mereka ini kita bukan sahaja mendapat pedoman bahawa bertabarruk ini dibolehkan tetapi juga mendapat gambaran tentang sikap kasih dan hormat yang begitu hebat terhadap nabi SAW yang sepatutnya tersemai di hati kita.

Imam Ahmad RH dan lain-lainnya meriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi SAW pernah datang ke rumah Ummu Sulaim. Di dalam rumahnya terdapat qirbah (bekas air daripada kulit) yang tergantung. Lalu Rasulullah SAW minum di bahagian bibir qirbah itu sambil berdiri.

Anas r.a berkata, "Maka Ummu Sulaim memotong bibir qirbah itu dan ia ada pada kami". Maksudnya, Ummu Sulaim memotong mulut qirbah yang pernah menjadi tempat minum Rasulullah SAW. Dia menyimpan dan menjaga barang itu di rumahnya untuk bertabarruk dengan bekas atau kesan Nabi SAW.

Diriwayatkan daripada Yahya ibn al Harith al Zimari, katanya: Aku pernah bertemu dengan Wathilah ibn al Asqa', Aku berkata kepadanya, "Dengan tanganmu ini, engkau membaiah Rasulullah SAW"? Dia berkata: "Ya". Kataku, "Hulurkan tanganmu. Aku akan mengucupnya". Dia pun menghulurkan tangannya kepadaku, lalu aku mengucupnya. (riwayat At-Tabrani)

Menurut riwayat Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah, daripada Yunus ibn Maisarah, disebutkan bahawa beliau berkata: "Kami pernah menziarahi Yazid ibn al-Aswad”. Lalu datang Wathilah ibn al-Asqa' r.a. Ketika Yazid melihatnya, Wathilah r.a menghulurkan tangannya. Yazid pun memegang tangan Wathilah r.a, lalu disapu ke muka dan dadanya; kerana Wathilah r.a pernah membaiah Rasulullah SAW.

Wathilah berkata kepadanya: "Wahai Yazid! Bagaimana prasangkamu terhadap Tuhanmu"? Dia menjawab: "Baik". Dia berkata: "Maka bergembiralah kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT berfirman: "Aku mengikut prasangka hambaKu terhadapKu. Jika sangkaannya baik, maka Aku menilainya baik. Jika sangkaannya buruk, maka Aku menilainya buruk". (Al-Hilyah, 9: 306)

Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Adab al-Mufrad, daripada Abdul Rahman ibn Razin, katanya: Ketika kami melalui daerah Rabzah, ada yang berkata kepada kami, "Di sinilah tempat Salamah ibn al Akwa' r.a berada". Kami pun menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya. Lalu dia mengeluarkan kedua-dua belah tangannya seraya berkata: "Aku pernah membaiah Nabi Allah SAW dengan kedua-dua tangan ini".

Kemudian, dia mengeluarkan telapak tangannya yang gemuk dan kasar seperti telapak kaki unta. Maka kami pun berdiri mendekatinya dan mengucupnya. (ms. 144)

Ibnu Saad juga meriwayatkan hadis seperti itu daripada Abdul Rahman ibn Zaid al 'Iraqi. (Tabaqat Ibn Saad, 4: 39)

Demikian juga Imam Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad meriwayatkan daripada Ibnu Jad'aan: Thabit berkata kepada Anas r.a: "Apakah engkau pernah menyentuh Nabi SAW dengan tanganmu"? Dia menjawab: "Ya, pernah". Lalu Thabit mengucup tangan Anas. (ms. 144)

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan dalam kitab yang sama daripada Suhaib, katanya: "Aku pernah melihat Saidina Ali r.a mengucup tangan al-Abbas r.a dan kedua-dua belah kakinya". (ms. 144)
 
Diriwayatkan daripada Thabit, katanya: “Dahulu, jika aku datang kepada Anas r.a, dia akan diberitahu mengenai kedudukanku. Lalu, aku masuk kepadanya dan memegang kedua-dua belah tangannya serta mengucupnya”. Aku berkata: "Demi ayahku! Kedua-dua belah tangan ini pernah menyentuh Nabi SAW". Aku juga mengucup kedua-dua belah matanya, dan aku berkata: "Demi ayahku! Kedua-dua mata ini pernah melihat Rasulullah SAW". (Disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam al-Matolib al-'Aliyyah (4: 111).

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Bertabarruk dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW!

Edisi Sentap! Jawapan Ibu Nur Amalina mengenai kontroversi anaknya!

Oleh Kaki Wayang on

“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.


“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jawapan Ibu Nur Amalina mengenai kontroversi anaknya!

Edisi Hangat! JPN Keluarkan MyKad Baharu Berteknologi Tinggi!

Oleh Kaki Wayang on

JPN Keluarkan MyKad Baharu Berteknologi Tinggi
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengeluarkan MyKad baharu yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini. Antara ciri terpenting MyKad ini ialah ia diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baru yang lebih berdaya tahan, selain mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan.
 
Ketua Pengarah Datuk Jariah Mohd Said yang meninjau operasi di JPN Putrajaya berkata, setakat pukul 10 pagi tadi, 370 permohonan telah diproses dan 700 nombor giliran dikeluarkan kepada orang ramai.

Jariah berkata sebagai permulaan orang ramai boleh membuat MyKad baharu di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, manakala di negeri lain akan dimulakan secara berperingkat mulai 15 Februari depan pada harga RM10. 

“MyKad baharu mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad selain dilengkapi dengan perlindungan anti salin bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baharu yang mengikuti piawaian antarabangsa, tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Selain itu, beliau yakin MyKad yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi itu juga dapat mengekang aktiviti pemalsuan.

Menurutnya, orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baharu itu tetapi ia bukan wajib. Sementara itu Wong Kye Sang, 76, dari Labis Johor tidak menyangka menjadi orang pertama mendapat MyKad baharu hari ini.

“Tidak sia-sia saya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 4 pagi untuk memohon menukar MyKad baharu. Saya bertolak dari Labis, Johor seorang diri menaiki bas dan turun di Stesen BTS sebelum mendapatkan teksi untuk datang ke JPN Putrajaya.

BERNAMA


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! JPN Keluarkan MyKad Baharu Berteknologi Tinggi!

Edisi Sentap! Serangan Balas Nur Amalina atas Isu Kontroversinya!

Oleh Kaki Wayang on



Ini jawapan Nur Amalina Che Bakri atas apa yang telah berlaku semalam..Isu kontroversinya begitu hangat diperkatakan semalam..dan inilah apa yang telah dijawab oleh beliau..


"I dont care what people say about me as i wear my pain everyday"
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Serangan Balas Nur Amalina atas Isu Kontroversinya!

Betol-betol Simpati! Pelajar Politeknik Maut Nahas Jalan Raya!

Oleh Kaki Wayang on

Pelajar Politeknik Maut Nahas Jalan Raya
Seorang pelajar Politeknik Kuantan di sini maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Km 37 Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi. Ishak Sidek, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata dalam kejadian 8.14 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Kuantan.

“Tiba di tempat kejadian, mangsa yang tinggal di FELDA Keratong 5, Bandar Pusat Jengka itu telah terbabas dan masuk laluan bertentangan.

“Mangsa kemudiannya bertembung dengan lori treler tanpa muatan terbabit secara bertentangan,” katanya di sini, hari ini.
 
Pemandu lori terbabit, D Nadarajah, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Pelajar Politeknik Maut Nahas Jalan Raya!

Edisi Hangat! Kekasih Baru Pemain Bolasepak Malaysia Nazmi Faiz!

Oleh Kaki Wayang on

Sejak kemunculannya di Sukan Sea, Nazmi Faiz seakan sudah menjadi seorang selebriti setaraf Khairul Fahmi. Lagipun pemain bola sepak kita perlu diberikan lebih exposure supaya lebih popular sekaligus menjadikan lebih ramai orang menyedari kewujudan team bola sepak Malaysia.


Walaupun sudah berambut pendek dan cacak ke atas, kejambuan Nazmi masih terserlah di situ dan wanita di sebelahnya dikatakan kekasih baru Nazmi Faiz. Cantik, manis dan nampak elegan orangnya. Namanya tak lain tak bukan ialah Tengku Fiella. Kita close up sedikit gambar di atas


Ada beberapa status FB yang lain daripada Tengku Fiella yang menunjukkan bahawa Nazmi Faiz adalah kekasih hatinya. Romantis jugak wanita ini. Buat masa ini, kesahihan berita ini tak dapat ditentukan. Kalau benar Nazmi bercinta dengan Tengku Fiella, kami sangat-sangat sokong. At least Tengku Fiella boleh menjadi pendorong kepada Nazmi Faiz untuk beraksi lebih hebat tahun 2012 ini.



Kredit: BeautifulNara dan Bulan Purnama
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kekasih Baru Pemain Bolasepak Malaysia Nazmi Faiz!

Edisi Sentap! Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 17A1 kini sudah tidak bertudung

Oleh Kaki Wayang on

Hakikatnya perkara ini sudah tersebar meluas seantero dunia Internet,dan ianya telah menjadi perbualan panas di’kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter.Mungkin nama Nur Amalina Che Bakri kian pudar di’ingatan sesetengah pihak tentang hasil kejayaan membangga’kan beliau dalam bidang akademik tatkala memperolehi 17′A’1 dalam SPM tahun 2004 yang lalu.


Mengimbas kembali sejarah pencapaian lalu,Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.

Pembuka tahun 2012, sekali lagi Amalina Che Bakri dihangat berita sensasi apabila beberapa keping gambarnya di laman Facebook dijadikan bahan isu kenapa dia sudah tidak bertudung. Realitinya berpandukan kepada gambar yang tersebar meluas ‘di’internet ini, jelas menampakan perubahan drastik tentang penampilan beliau di’luar negara. Mungkin, adakah ini satu anjakan paradigma yang akan berlaku jikalau seseorang itu menyambung pelajaran di’luar negara?







Difahamkan gambar yang tersebar ini adalah dari sumber Facebook Amalina Che Bakri danFacebook miliknya telah’pun di’delete.

Kredit: Bulan Purnama
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 17A1 kini sudah tidak bertudung

Edisi Sentap! Gambar Suasana Tsunami di Johor

Oleh Kaki Wayang on


Gambar ini bukanlah gambar Tsunami sebenar yang berlaku di Johor..tetapi gambar ini yang diambil pada 24 DIsember baru-baru ini seakan-akan ombak besar Tsunami berlaku di kawasan itu (Segamat, Johor)..apa yang boleh penulis katakan adalah..beringat-ingatlah sebelum kita menemui Allah SWT..pastikan pegangan dan bekalan yang dibawa cukup untuk membantu kita di akhirat nanti..

Mungkin Tsunami belum berlaku di sini..namun hanya Allah yang tahu akan ketentuan dan kehendak-Nya..gambar awan ini juga antara kekuasaan Allah SWT agar manusia beringat akan kehidupan di dunia agar seimbang dengan kehendak Allah SWT.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Suasana Tsunami di Johor

Edisi Hangat! Ustaz Azhar Idrus dan Zizan - Tiru Gaya Ustaz!

Oleh Kaki Wayang on




Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ustaz Azhar Idrus dan Zizan - Tiru Gaya Ustaz!

Edisi Wanita! 10 Perkara Tentang Wanita!

Oleh Kaki Wayang on

1. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

2. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah² tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan²nya akan tahu berita tersebut.

3. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

4. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

5. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

6. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

7. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

8. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya² kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

9. Kalau kamu masih tercari² cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin²kan tangan menyelak buku² cinta.

10. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
Sila baca selanjutnyaEdisi Wanita! 10 Perkara Tentang Wanita!

Edisi Sentap! Upsi tetap dengar kes tatatertib Adam Adli 9 Januari!

Oleh Kaki Wayang on


Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) kekal dengan pendirian mahu mendengar kes tatatertib terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan banting berupa bendera Datuk Seri Najib Razak bulan lalu, 9 Januari ini.
 
Walaupun didesak pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk  Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari.
 
Menurutnya, meskipun perhimpunan di pekarangan Upsi awal pagi semalam bertujuan  mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya.
 
“Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ,” katanya.
 
Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi.
 
Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan tindakan tatatertib.
 
Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli  dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semalam.
 
Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.
 
“Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Upsi tetap dengar kes tatatertib Adam Adli 9 Januari!

Edisi Sentap! Gambar Seksi Faradhiya dan Fasha Sandha Bersosial!

Oleh Kaki Wayang on




Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Seksi Faradhiya dan Fasha Sandha Bersosial!

Edisi Sentap! Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004

Oleh Kaki Wayang on



Tentu masih ramai yang ingat dengan Nur Amalina Che Bakri iaitu pelajar yang menjadi kebanggaan kita semua dan keluarganya kerana kejayaannya mendapat 17A1 di dalam SPM pada tahun 2005. Sekarang tengah kecoh di twitter dan facebook kerana dia dikatakan berubah penampilannya daripada seorang yang memakai tudung kepada gadis yang tidak memakai tudung dan bersosial.

Ketika ini, kecoh dalam laman web sosial Facebook dan Twitter mengenai Facebook Profile Amalina Che Bakri, Pelajar Cemerlang SPM 2004 Malaysia yang kelihatan seperti sudah hilang budaya ketimuran.

Malah, profile facebook yang hangat diperkatan itu juga menunjukkan beberapa kepingan foto Amalina beraksi seperti sudah lupa pada agama dan bangsa nya.


Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004. Berikut merupakan print screen profile facebook yang dikatakan milik Amalina Che Bakri.


Jangan terus menjatuhkan hukuman tanpa sebarang keterangan yang sah. Bila kita berada di puncak, sudah tentu ada sahaja pihak yang cuba menjatuhkan kita. Walaupun terpaksa memalukan dan menjatuhkan maruah agama sendiri. Mungkin juga Facebook ini direka oleh musuh Amalina yang cemburu dengan pencapaian cemerlang beliau.




nur amalina che bakri

Di sini, aku akan mendedahkan satu sebab untuk tidak mempercayai bahawa Facebook ini milik Amalina Che Bakri secara membabi buta. Cuba lihat gambar di bawah ini, anda akan dapat melihat komen salah seorang rakan berbunyi “poser”. Seterusnya diikuti dengan komen seakan-akan bersetuju daripada pemilik Facebook itu sendiri.





KREDIT: OhAlkisah & AzriJohan
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004

Edisi Kekasih Dunia Akhirat! Begini Kalau Nak Cari SUAMI!

Oleh Kaki Wayang on

Msj seorang kekasih kpd kekasihnya.....

Perempuan: awk,nape awk x penah ajak sy tengk wayang,kuar jalan2,macam pasangan lain?

Lelaki: saje....

Perempuan:saje? awk malu ke nk kuar ngan sy?

Lelaki: mana ada....

Perempuan: nape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Lelaki: sebab sy nk jimat kredit.....

Perempuan: sampai hati awk....nape kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki: geli la perkataan tu....

Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya...beberapa minit kemudia dia menerima satu msj...

Lelaki: sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang n jalan2 sbb ti bila kita dh kawin,awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy...dan sy nak saat tu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dlm hidup sy.....saya x nak gayut ngan awk mlm2 bukan sebab sy nk save k dit ke ape tapi sy tak sy hanyut dgr suara merdu awk,biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akn lebih menghargainya....sayaa tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya,dan dpt menjaga hati saya dari tergoda....saya sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orng lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri....

Perempuan: sambil menangis (terima kasih bakal suamiku) aku sangat menyintaimu....
Sila baca selanjutnyaEdisi Kekasih Dunia Akhirat! Begini Kalau Nak Cari SUAMI!

Betol-betol Bangang! Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’!

Oleh Kaki Wayang on


Khalwat Siap Bawa Anak Untuk 'Cover Line'

Seorang ibu yang membawa anaknya berusia setahun dicekup berkhalwat bersama pasangannya dalam satu Operasi Cegah Maksiat Ambang Tahun Baru di sebuah bilik hotel bajet di sini, lewat pagi semalam. Malah, pasangannya yang berstatus duda yang turut membawa anaknya berusia lima tahun di dalam bilik berkenaan.
Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk membuka pintu.

“Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.

“Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai Pahang.

 “Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, awal pagi semalam.

Dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warganegara Indonesia turut ditahan.

Kesemua pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri dan tidak hanya mengikut nafsu.

“Kita melakukan operasi sepanjang masa dan orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-3072 yang dibuka 24 jam bagi melaporkan kejadian maksiat di seluruh negeri ini,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’!

Edisi Sentap! Pelajar UPSI Mengaku Adam Adli Dan Geng, Ganas!

Oleh Kaki Wayang on

Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.

Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.
Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.
Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.
Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.
“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya.
Beliau juga mendesak  pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.


(SUMBER GAMBAR: Blog Politikus)

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pelajar UPSI Mengaku Adam Adli Dan Geng, Ganas!

Edisi Gempak! Ustaz Azhar Idrus Kantoi Bawa Kereta Laju!

Oleh Kaki Wayang on

Tahukah anda bawah Ustaz Azhar Idrus pernah kantoi bawa kereta laju? Meh kita dengar pengakuan beliau. Ada pula kan...hahahahaha



Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Ustaz Azhar Idrus Kantoi Bawa Kereta Laju!

Edisi Comel! Mozilla Firefox Versi Realiti!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Comel! Mozilla Firefox Versi Realiti!

Edisi Sentap! Siti Nurhaliza Mengandung Hanya Khabar Angin!

Oleh Kaki Wayang on


Penjelasan siti tentang gosip mengandung.
http://4.bp.blogspot.com/-0NoNh0PEZuA/Tv_7L639drI/AAAAAAAAEfM/Whgzmvz2pnQ/s1600/siti.png


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Siti Nurhaliza Mengandung Hanya Khabar Angin!

Edisi Sentap! Betul ke Perdana Menteri Kita hisap cerut?

Oleh Kaki Wayang on






Tak tahu apa nak kata..cuma mengharap agar gambar ini adalah mainan manipulasi dari orang yang tidak bertanggungjawab..al-maklumlah sekarang kan ada Photoshop..macam-macam boleh berlaku..tau-tau cerut yang dipegang itu mungkin juga sebatang PEN (erkkk..macam bukan pen jew) dan saya sebenarnya cuba untuk tidak mempercayai gambar ini..apa kata korang pula? Komen yang leklok je tau..!!!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Betul ke Perdana Menteri Kita hisap cerut?

Edisi Sentap Bangang! Pengakuan Saya Islam Tapi Saya Gay!

Oleh Kaki Wayang on

"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"

Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah ( dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"

Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang.

"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"

Anda keliru?

Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.

Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"

Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.

Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.

"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"

Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya.

"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"

"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"

Saya padamkan rokok yang dihisap.

"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas".

"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"

Dia terdiam seribu bahasa.

"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami".

Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.

"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".

Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.

Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar?

KREDIT kepada penulis ASAL: The Paranormal Life
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Bangang! Pengakuan Saya Islam Tapi Saya Gay!

Edisi Sentap Mak Jemah! Vokal Bukan Sekadar Rupa!

Oleh Kaki Wayang on


Sentap mak bila tengok gambar ni..ini lah yang dikatakan Vokal Bukan Sekadar Rupa..memang mantap..Kalau dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza..konfem versi Hulk akan keluar...peace no war!!!



Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Mak Jemah! Vokal Bukan Sekadar Rupa!

Edisi Gempak! Siti Nurhaliza akui SAH MENGANDUNG!

Oleh Kaki Wayang on


Perkara tersebut disahkan sendiri oleh beliau semasa menghadiri persembahan ambang tahun 2012 yang diadakan di Singapura pada tarikh 1hb Januari 2012.


Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Siti Nurhaliza akui SAH MENGANDUNG!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...