PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Foto! Inilah Antara Gambar Tercantik Sepanjang 2015!

Oleh Kaki Wayang on

Tahun 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu tetapi imej menakjubkan, ikonik dan popular di Internet sepanjang tahun itu pasti terus diingati. Dari gambar berprestij yang tercalon untuk anugerah fotografi sehinggalah aksi luar biasa yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit, 2015 menyaksikan banyak imej-imej yang tercantik dan menakjubkan.


Pada tahun 2015 memperlihatkan banyak gambar yang menjadi viral di internet termasuklah gambar pekerja lapangan terbang menampal pita pelekat pada enjin kapal terbang sebelum pesawat itu berlepas. Gambar satu pasangan yang berlayar mengelilingi dunia bersama seekor kucing mereka antara imej paling banyak dikongsi pada 2015.

Tidak lupa juga gambar matahari terbenam yang menakjubkan di Myanmar dan wajah sedih seekor kucing yang melihat tuannya berkemas untuk pergi melancong. Gambar tikus gergasi yang tersangkut di mangkuk tandas dan seekor anjing obes yang menerima layanan istimewa ketika menaiki penerbangan American Airlines antara imej yang popular di media sosial.

Antara berita pelancongan yang paling dibaca 2015 ialah pengenalan kapal layar paling besar di dunia milik bilionaire Russia, Andrey Igorevich Melnichenko. Kapal sepanjang 143 meter dan berharga £260 juta (RM1.65 bilion) itu memulakan pelayaran ujian di lautan di Jerman pada September lalu.

Jurufoto dari seluruh dunia juga tidak ketinggalan meninggalkan imej yang luar biasa untuk diingati. Kualiti gambar yang dihantar untuk pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh National Geographic dan Sony pada 2015 juga sangat menakjubkan. Gambar ini membawa pembaca merasai kedamaian perkampungan nelayan di Myanmar dan suasana hutan di Borneo yang menyegarkan.

Terlalu banyak gambar yang merakamkan detik menarik pada tahun lalu sehingga sukar untuk memilih imej mana yang paling diingati. Di sini disenaraikan beberapa gambar terbaik yang disiarkan di akhbar dan berlegar di media sosial di seluruh dunia pada 2015.

JURUGAMBAR dari Chile, Eduardo Minte merakamkan imej menakjubkan letusan gunung berapi Calbuco pada April lalu. Gambar ini turut dihantar untuk Anugerah Fotografi Dunia Sony 2016
GAMBAR kanak-kanak dari kaum Bajau Laut di Borneo ini dirakam jurugambar Perancis, Rehahn Croquevielle. Dia tinggal selama lapan hari dengan kaum itu untuk merakamkan kehidupan unik mereka
GAMBAR yang dirakam jurugambar Zay Yar Lin ini menunjukkan seorang nelayan menangkap ikan di Tasik Innlay di Myanmar. Imej ini tersenarai dalam Anugerah Fotografi Dunia Sony 2016

ROBERTA Mancino dari Itali memenuhi impian gilanya bergambar dan berenang bersama buaya air masin di Teluk Mexico

Sumber: Berita Harian
Sila baca selanjutnyaEdisi Foto! Inilah Antara Gambar Tercantik Sepanjang 2015!

Edisi Terkini! Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

Oleh Kaki Wayang on



Alhamdulillah. Tanggal 4 Januari 2016 menjadikan satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam dan pesara kerajaan. Kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bayaran khas, masing-masing sebanyak RM500 dan RM250. 



Berdasarkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini, bayaran itu bukan sahaja membabitkan pegawai awam lantikan tetap, malah kakitangan kontrak. Ia termasuk pegawai lantikan sementara, perkhidmatan dalam kontrak, guru interim dan pegawai sambilan harian (PSH), tertakluk kepada syarat. 

Bagi kakitangan yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015, mereka turut layak menerima pemberian RM500 tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari.

Artikel berkaitan dengan Gaji Baru Penjawat Awam:


PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

Edisi Sentap! Biar Gambar Berbicara!

Oleh Kaki Wayang on

PRESIDEN FIFA Sepp Blatter dihamburkan wang kertas oleh pelawak Inggeris ketika sidang media di Zurich, Julai lalu.

ATLET ekuestrian Russia, Mikhail Nastenko yang menunggang kudanya Reistag terjatuh ketika Kejuaraan Eventing Eropah FEI di Balaire Castle, Scotland, September lalu.

PEMAIN ragbi Jepun, Hiroshi Yamashita (kanan) meraikan kemenangan ke atas Afrika Selatan ketika perlawanan Kumpulan B, Ragbi Piala Dunia 2015 di Brighton Community Stadium, England, September lalu.

PENGADIL cuba meleraikan Anthony Joshua (kanan) dan Dillian Whyte (kiri) ketika pertarungan di London, bulan ini.

USAIN Bolt dilanggar jurukamera yang menaiki Segway selepas menjuarai acara 200m pada Kejuaraan Dunia di Beijing, China, Ogos lalu.

BEKAS pengurus Chelsea Jose Mourinho kelihatan terlalu gembira di padang pada sesi penyampaian trofi selepas Chelsea menjuarai Piala Liga menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Stadium Wembley, London, Mac lalu.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Biar Gambar Berbicara!

Edisi Pelik! Ya Allah, Gempar Ikan Yu Gergasi - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on


DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.

Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari. 

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Ya Allah, Gempar Ikan Yu Gergasi - Serius Pelik!

Edisi Seram! Gambar Gadis Mandi Dengan Tangan "Lembaga"!

Oleh Kaki Wayang on


Gambar Gadis Mandi Dengan Tangan LembagaPenduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan  Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.Percaya atau  tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Seram! Gambar Gadis Mandi Dengan Tangan "Lembaga"!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...