PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Biar Gambar Berbicara!

Oleh Kaki Wayang on

PRESIDEN FIFA Sepp Blatter dihamburkan wang kertas oleh pelawak Inggeris ketika sidang media di Zurich, Julai lalu.

ATLET ekuestrian Russia, Mikhail Nastenko yang menunggang kudanya Reistag terjatuh ketika Kejuaraan Eventing Eropah FEI di Balaire Castle, Scotland, September lalu.

PEMAIN ragbi Jepun, Hiroshi Yamashita (kanan) meraikan kemenangan ke atas Afrika Selatan ketika perlawanan Kumpulan B, Ragbi Piala Dunia 2015 di Brighton Community Stadium, England, September lalu.

PENGADIL cuba meleraikan Anthony Joshua (kanan) dan Dillian Whyte (kiri) ketika pertarungan di London, bulan ini.

USAIN Bolt dilanggar jurukamera yang menaiki Segway selepas menjuarai acara 200m pada Kejuaraan Dunia di Beijing, China, Ogos lalu.

BEKAS pengurus Chelsea Jose Mourinho kelihatan terlalu gembira di padang pada sesi penyampaian trofi selepas Chelsea menjuarai Piala Liga menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Stadium Wembley, London, Mac lalu.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Biar Gambar Berbicara!

Edisi Pelik! Ya Allah, Gempar Ikan Yu Gergasi - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on


DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.

Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari. 

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Ya Allah, Gempar Ikan Yu Gergasi - Serius Pelik!

Edisi Seram! Gambar Gadis Mandi Dengan Tangan "Lembaga"!

Oleh Kaki Wayang on


Gambar Gadis Mandi Dengan Tangan LembagaPenduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan  Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.Percaya atau  tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Seram! Gambar Gadis Mandi Dengan Tangan "Lembaga"!

Edisi Tips! 5 Cara Mudah Tanggalkan Sticker Road Tax Kereta Dengan Mudah & Berkesan!

Oleh Kaki Wayang on

Rasanya setiap tahun kita akan buat benda ni. Bagi mereka yang mempunyai kereta sudah pastilah wajib melakukan perkara ini. Namun begitu ada juga yang malas nak tanggalkan "stiker road tax" tu sampaikan berderet sticker kat cermin depan kereta. Macam sengaja buat koleksi.

Tapi bagi mereka yang nak tanggal road tax lama tu terkadangada juga baki-baki tertinggal kat cermin yang payah nak tanggal. Bermacam cara digunakan untuk menghilangkan kesan pelekat di cermin depan kereta namun kesannya tetap sama.

Meh saya kongsikan 5 tips yang pastinya lebih mudah dan lebih berkesan.

Kad Kredit/ Kad ATM/ (Kad Yang Seumpama Dengannya)

Basahkan dengan kain buruk kemudian gosokkan kad tu kat sticker tu dan tanggalkan seperti biasa. Macam tak kena je ayat aku tu.

WD-40

Gunakan bendalah ni WD-40, korang Yahoo kan sikit (asyik tanya Google je) pastu gosok guna span kat sticker. InsyaAllah tanggal dengan selamat dan comel je.

Minyak Masak

Gunakan minyak masak kemudian sental dengan span dan bilas dengan sabun. InsyaAllah tanggal dengan cantik, mulus dan bulus dan wangi sebab bilas pakai sabun.

Minyak Cap Kapak


Cara ni paling rare dan serius yang amat. Minyak Cap Kapak. Letak kat jari pastu gosok kat mata. Konfem menangis air mata darah. Hahahahaha. Okeh serius. Letak 18 renjis kat span apstu sental dengan bersahaja dan comel-comel je. Konfem hilang.

Thinner, Minyak Tanah & Petrol

Ni biasa lah. Tapi boleh lah try. Silakan

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! 5 Cara Mudah Tanggalkan Sticker Road Tax Kereta Dengan Mudah & Berkesan!

Edisi Sengal! Sebab-Sebab Sengal Permohonan BR1M Ditolak!

Oleh Kaki Wayang on



Tahukah anda ada beberapa sebab permohonan BR1M ditolak? Dibawah ialah senarainya. Sila baca dan fahami ya.
  • Pemilik kereta Proton atau Perodua yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1600 cc. Anda tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik kereta bukan tempatan yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1500 cc. Anda juga tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik motosikal yang didaftar antara 2007-2011 dengan kapasiti enjin melebihi 500cc . Nope anda juga tak layak. Sila tukar motor sekarang juga.
  • Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam aplikasi individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
  • Meminta bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tangguangan anda
  • Meminta bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama isteri/suami dengan betul
  • Setakat ini 900 000 permohonan BR1M sudah ditolak oleh pihak kementerian kewangan.
  • Jika anda mendaftar dibawah program E-Kasih untuk golongan MISKIN TEGAR, bantuan BR1M anda akan dikeluarkan seawal pertengahan BULAN INI.
Amacam? Adakah anda jatuh dalam beberapa kategori di atas? Kalau YA sila cuba untuk lakukan beberapa permohonan lain dan lakukanlah penipuan sama ada permohonan anda berjaya atau tak..sebab apa? Sebab kerajaan memperuntukkan sebab yang paling bodoh dan sengal agar mereka mempunyai alasan untuk menolak permohonan anda..

Sumber: The Star
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Sebab-Sebab Sengal Permohonan BR1M Ditolak!

Edisi Sentap! Fakta Mengejutkan Ini Menunjukkan Hutang Malaysia Yang Sebenar!

Oleh Kaki Wayang on

Kadar Hutang Negara. Agak-agak berapa hutang Malaysia? Hutang keseluruhan? Melibatkan hutang pekerja, hutang negara, kadar faedah dan macam-macam lagi. Fakta ini pasti akan mengejutkan ramai pihak. Berikut merupakan gambar screenshot yang diambil di laman www.nationaldebtclocks.org. Buat pengetahuan semua setiap saat kadar hutang di Malaysia meningkat dengan begitu ketara.

National Debt Clocks. Anda boleh ke laman yang saya maksudkan di atas dan anda boleh membandingkan kadar hutang setiap negara. Setakat yang diketahui hutang Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak RM708,140,232,126.00. Amaun yang amat "sedikit" ini sentiasa menokok selang sesaat.  Agak-agak cam mana nak sebut tu? Hahahahahaha.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Fakta Mengejutkan Ini Menunjukkan Hutang Malaysia Yang Sebenar!

Edisi Teknologi! Buang Adware dan Malware Menggunakan Aplikasi Junkware Removal Tool!

Oleh Kaki Wayang on

Sekuriti komputer pada ketika ini amat penting bagi mengelakkan virus yang tidak diingini masuk dan merosakkan serta mengganggu sistem komputer anda dan semasa anda melayari web. Untuk membuang adware, malware dan junkware, anda hanya perlu untuk menggunakan satu perisian dari Malwarebytes yang dipanggil Junkware Removal Tool.


Junkware Removal Tool

Junkware Removal Tool merupakan sebuah aplikasi yang boleh dijalankan tanpa memasangnya di komputer. Antara muka Junkware Removal Tool ini berbentuk command prompt. Ianya akan mengimbas dan menghapuskan segala bentuk malware mahupun adware.

Namun begitu, perlu diingatkan bagi mereka yang selalu menggunakan atau memuat turun "crack" files anda harus berhati-hati dalam menggunakan aplikasi ini. Ini kerana ianya akan terus menghapuskan crack files berkenaan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Teknologi! Buang Adware dan Malware Menggunakan Aplikasi Junkware Removal Tool!

Edisi Agama! Suburkan Jiwa Sayang Rasulullah Dalam Keluarga - Siri Khutbah Jumaat!

Oleh Kaki Wayang on


Khutbah Jumaat. Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat.

Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. 

Baginda diutuskan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali-Imran, ayat 31).

Mari kita renungkan sifat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda dikurniakan Allah SWT sebagai seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Tanda cinta Nabi SAW dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak.

Rasulullah Mengutamakan Umatnya 

Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka. 

Baginda bukan risaukan isteri, keluarga, kaum kerabat, sahabat, tetapi amat risaukan umatnya. Persoalannya, apakah bentuk cinta yang perlu kita buktikan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian? Antara syarat yang perlu ada untuk menjadi umat Muhammad SAW yang sempurna ialah tanamkan perasaan cinta dan kasih yang begitu ikhlas dan tinggi kepada Nabi SAW.

Perasaan ini perlu dipupuk dan disuburkan dalam jiwa kita serta ahli keluarga sepanjang masa melebihi segala-galanya. Jika rasa cinta pada Nabi SAW tidak subur dalam jiwa, maka ini menyebabkan kita tiada usaha dan semangat menghayati dan mencontohi cara hidup baginda dalam kehidupan seharian.

Ini yang ditegaskan oleh Nabi SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Anas bin Malik: "Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari bapanya, anaknya dan semua manusia lainnya". Sanggup mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW daripada difitnah sama ada secara fizikal atau kata-kata.

Umat yang cintakan Nabi SAW akan sanggup mempertahankan kemuliaan Nabinya daripada difitnah. Contohilah Zaid bin Harithah yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Nabi SAW daripada dicederakan oleh penduduk Thaif semasa melaksanakan seruan dakwah terhadap masyarakat di bandar itu. Hayatilah cintanya sahabat seperti Talhah bin Ubaidillah dan Abu Dujanah yang sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi Nabi SAW daripada terkena anak panah musuh dalam peperangan Uhud.

Sanggupkah kita mempertahankan kemuliaan Nabi SAW dan ajarannya dengan fizikal dan lidah seperti mana dilakukan oleh sahabat Baginda. Mempertahankan sunah Nabi Muhammad SAW. Umat yang cintakan Nabi SAW sanggup mempertahankan sunah nabinya. Mereka menjadikan cara kehidupan seharian Baginda sebagai ikutan dan cara hidup. Mereka sanggup memperjuangkan semua bentuk ajaran rasulnya bahkan berusaha keras membanteras segala larangan rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apa juga yang diberikan oleh Rasulullah (sama ada pemberian atau perintah) kepada kamu, maka terimalah, dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya)." (Surah al-Hasyr, ayat 7).

Selawat Bukti Kecintaan 

Sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW antara bukti kecintaan kita kepada Nabi SAW. Riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah: "Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." Sayangnya, jika diperhatikan kehidupan setengah golongan masyarakat Islam hari ini, mereka lebih seronok dan bangga menjadikan artis, selebriti, ahli sukan serta tokoh tertentu sebagai contoh ikutan yang digilai.

Mereka sanggup membelanjakan wang ringgit, mengorbankan tenaga dan masa untuk menghayati gaya hidup idola mereka. Mereka lahirkan rasa cinta dengan mencari maklumat berkaitan ikutan mereka seolah-olah itulah gaya kehidupan mereka yang sebenar. Pada waktu yang sama, terdapat pula setengah golongan masyarakat Islam mempertikaikan kemuliaan dan perjuangan Nabi SAW.

Mereka mempertikai kedudukan hadis malah ada yang menolaknya. Kini tibalah masanya kita sebagai umat Islam menukar arah dan pandangan hidup ke arah mencontohi cara hidup Nabi Muhammad SAW. Marilah kita jadikan Nabi SAW sebagai ikutan dalam kehidupan, tanamkan sifat cinta kepada Baginda kerana umat yang kasih pada nabinya akan taat arahan Allah dan rasul-Nya serta sentiasa menjauhi larangan-Nya.

Kesempurnaan iman seseorang itu bergantung kepada sejauh mana cintanya kepada Rasulullah SAW dan mengamalkan segala sunahnya. Umat yang cintakan nabinya bukan sekadar melalui ungkapan kata-kata, bahkan sanggup mengorbankan harta dan jiwa dalam meneruskan perjuangannya. Sumber ialah Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Suburkan Jiwa Sayang Rasulullah Dalam Keluarga - Siri Khutbah Jumaat!

Edisi Hangat! Kaki Wayang Berkecimpung Dalam Dunia Nasyid Bersama Fastaqeem!

Oleh Kaki Wayang on



Fastaqeem

Sebenarnya lama dah Kaki Wayang terlibat dalam dunia hiburan tanahair. Cuma tidaklah sepenuh masa. Maklumlah umur semakin meningkat. Cukuplah menjadi tenaga pengajar kepada student-student yang berminat dalam bidang nasyid. 

Fastaqeem baru sahaja ditubuhkan sebulan yang lepas. Kini menambah seorang ahli baru yang juga merupakan pelajar UNITEN. Ahli-ahi kumpulan Fastaqeem terdiri daripada Imam Afif, Ustaz Ashraful, Ustaz Amirul, Muhammad Syafiq dan saya sendiri.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Fastaqeem akan diceritakan di lembaran akan datang.

Persembahan

Berikut merupakan antara persembahan yang Kumpulan Fastaqeem jayakan. Kedua-dua persembahan di bawaha ada bersempena dengan Program Bila Baju melayu Bertemu Baju Kurung (Bercinta Selepas Nikah) yang telah diadakan di UNITEN, Muadzam Shah.






Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kaki Wayang Berkecimpung Dalam Dunia Nasyid Bersama Fastaqeem!

Edisi Terkini! Diskaun 50% Tambang KTM Dengan KTM i-Card Dan Cara Memohon Kad KTM i-Card!

Oleh Kaki Wayang on


Diskaun 50% Tambang KTM Buat Pelajar

Diskaun KTM Buat Pelajar Kolej dan Universiti. Tahun 2016 bakal memperlihatkan kenaikan harga pelbagai barang mahupun perkhidmatan. Bukan itu sahaja malah kenaikan tambang pengangkutan awam juga bakal dilaksanakan. Namun begitu, dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran pada ketika ini, para pelajar kolej atau universiti bakal menikmati tambang diskaun sebanyak 50% dengan hanya menunjukkan kad diskaun KTMB-i Card di kaunter berkuatkuasa mulai 7 Januari 2016.Tempoh sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTM i-Card Student. Ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.



Syarat Permohononan KTM i-Card
  1. Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
  2. Terbuka untuk semua warga negara.
  3. Yuran tahunan RM30.00.
  4. Surat pengesahan pelajar Kolej/ Universiti mesti disertakan.
  5. Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian. 
Cara Memohon KTM i-Card
  1. Pemohon mesti mengisi Borang
  2. Permohonan KTM i-Card.
  3. Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/ Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
  4. Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
  5. Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
  6. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
  7. Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Diskaun 50% Tambang KTM Dengan KTM i-Card Dan Cara Memohon Kad KTM i-Card!

Edisi Hangat! Tawaran Menggemparkan UMobile, Kini Antara Pesaing Syarikat Telekomunikasi!

Oleh Kaki Wayang on

http://synad3.nuffnang.com.my/track/click?s=567244d8&urlid=8094252&ref=informations-the.blogspot.my%2F%23axzz3uXctUBgT&id=1148381&bid=679182&ad_type=leaderboard&goto=http%3A%2F%2Fwww.u.com.my%2Fyearendpromo%3Futm_source%3DNuffnang%26utm_medium%3Dcpm%26utm_content%3D728x90_EN%26utm_campaign%3DYearEndPromo

Free 1GB UMobile Internet. UMobile kini sedang berkembang dan menjadi antara syarikat telekomunikasi paling "ngetop" di Malaysia. Kini para pengguna bukan sahaja tertumpu lepada pilihan sedia ada iaitu Maxis, Celcom, DiGi malah syarikat UMobile juga kini memasuki suasana persaingan sihat dalam arena telekomunikasi. Apapun tahniah buat UMobile.

http://synad3.nuffnang.com.my/track/click?s=567244d8&urlid=8094252&ref=informations-the.blogspot.my%2F%23axzz3uXctUBgT&id=1148381&bid=679182&ad_type=leaderboard&goto=http%3A%2F%2Fwww.u.com.my%2Fyearendpromo%3Futm_source%3DNuffnang%26utm_medium%3Dcpm%26utm_content%3D728x90_EN%26utm_campaign%3DYearEndPromo

Tawaran Menggemparkan UMobile

Sebelum ini, UMobile baru sahaja melancarkan promosi terbaik mereka dengan menawarkan 7GB Data dan Call Percuma Dengan UMobile P70 Hero Postpaid. Selang beberapa minggu selepas itu, UMobile sekali lagi menawarkan plan dan promosi terbaik mereka melalui artikel Hari Tu 7GB, Hari Ni 1GB Internet Tambahan Percuma Buat Anda.
 
1GB Data Tambahan Percuma

"Kami memberikan 1GB data tambahan PERCUMA untuk semua pelanggan kami! Betul - selagi anda melanggan mana-mana pelan data bulanan kami, maka kami akan menambah tambahan 1GB data untuk kuota anda.

Anda belum menaik taraf kepada UMobile? Ini adalah masa terbaik untuk menyertai kami kerana kami akan memberi anda percuma 1GB data tambahan kepada semua pelanggan kami. Hanya melanggan mana-mana plan/ pakej kami dan anda layak menerima data tambahan 1GB secara percuma. Promosi ini hanya sah sehingga 31 Disember 2015".

Anda hanya perlu dapatkannya di sini - Percuma 1GB Internet, Dapatkan Sekarang!

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Tawaran Menggemparkan UMobile, Kini Antara Pesaing Syarikat Telekomunikasi!

Edisi Terkini! Senarai Carian Popular Google Mengikut Kategori 2015!

Oleh Kaki Wayang on

Senarai Carian Popular Google 2015. Tahun 2015 menukilkan pelbagai cerita perit, sedih, gembira dan macam-macam lagi. Bulan Disember sudah tiba, ini bermakna tahun 2015 kini sudah sampai ke penghujungnya. Kini Google, sebuah syarikat yang terkenal di dunia baru sahaja mengeluarkan Senarai Carian Popular Google 2015 mengikut kategori.


HRMIS Mendominasi Enjin Carian Google 2015

Anda pasti terkejut apabila HRMIS merupakan kata kunci paling popular dalam enjin carian Google buat tahun 2015. Ianya kemudian diikuti rapat oleh kata kunci BRIM 2015, How-Old.net, Maharaja Lawak Mega dan juga Fast & Furious 7.




Skandal Najib Razak dan 1MDB Antara Paling Popular

Tahun 2015 merekodkan pelbagai kontroversi berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia. Skandal berkaitan 1MDB, duit derma 2.6b dan perbalahan politik antara beliau dengan Tun Mahathir Mohamad meletakkan kata kunci Najib Razak berada di tangga ketiga selepas Lee Kuan Yew dan Paul Walker.

Nasib baik nama The Kaki Wayang tak tersenarai dalam senarai popular. Kalau tak habis blog kena serbu. Hehehehe. Bertuah lah nak tersenarai dalam senarai carian popular. Abam Najib Razak pun tangga ketiga walaupun terpalit kontroversi terhangat di dunia. Kaki Wayang tak terpalit mana-mana. Of kos lah tak tersenarai.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Senarai Carian Popular Google Mengikut Kategori 2015!

Edisi Terkini! Tarikh Bayaran BR1M 2016 Mengikut Kategori!

Oleh Kaki Wayang on

Bayaran BR1M Dinaikkan

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet 2016 yang baru lalu, jumlah BR1M telah dinaikkan bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi khususnya di Malaysia.
Borang Pendaftaran Percuma dan Permohonan Baru Dibuka

Borang pendaftaran telah diedarkan secara percuma bermula 5 Disember lalu. Namun begitu, bagi mereka yang telah memohon sejak permohonan pertam lagi, anda hanya perlu mengemaskini butiran diri anda melalui Portal Rasmi BR1M.

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh bayaran BR1M 2016 adalah seperti dalam gambar di bawah mengikut kepada kategori pendapatan isi rumah. Pembayaran pertama BR1M 2016 adalah pada 28 Januari 2016 bagi semua kategori.

Berikut merupakan kategori-kategori tersebut:-
  • e-Kasih berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.
  • Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.


Untung lah kan bujang pun dapat. Siapa lah tu yang bujang kan? Kena kahwin cepat-cepat, boleh dapat BR1M banyak-banyak. Hehehehe.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Tarikh Bayaran BR1M 2016 Mengikut Kategori!

Edisi Terkini! Video Rumah Arwah Pak Yus Kini Viral Di Media, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Oleh Kaki Wayang on


Pak Yus Dalam Kenangan

Kehilangan seorang lagi permata hiburan tanahair menyebabkan namanya kini menjadi sebutan. Pelbagai kebaikan dikongsikan oleh rakan, sahabat mahupun orang yang tidak mengenali arwah menceritakan kebaikan yang dilakukan oleh arwah Pak Yus.

Ramai Yang Tidak Tahu Kehidupan Pak Yus

Perginya seorang seniman, seorang sahabat, saudara seIslam dan pejuang dalam kariernya menyebabkan ramai yang ingin mengenali arwah dengan lebih dekat. Sehinggalah video pendek arwah ketika menjadi peserta final Raja Lawak tiba-tiba menjadi viral di media sosial.
Tetiba Mata Masuk Habuk

Dalam video berkenaan Pak Yus menceritakan semula kehidupan beliau sebelum bergelar artis. Kemudiannya arwah menunjukkan rumah yang didiami bersama ibunya di sebuah kampung bernama Kampung Nesam, Perlis. Terasa akan kepayahan arwah suatu ketika dahulu.


Al-Fatihah buat arwah Pak Yus





Lihat Video Di Sini
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Video Rumah Arwah Pak Yus Kini Viral Di Media, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Edisi Terkini! Ikuti Koleksi Luahan Sayu Sahabat dan Rakan Artis Terhadap Arwah Pak Yus!

Oleh Kaki Wayang on

Nampaknya kisah kehilangan seorang seniman seperti arwah Pak Yus semakin meniti dibibir rakyat Malaysia. Semuanya menceritakan mengenai kebaikan yang ada pada arwah Pak Yus. Alhamdulillah semuanya yang baik. Semoga dengan kebaikan yang arwah berikan menjadi bekalan berguna di akhirat kelak. Hanya Allah SWT yang tahu segala-galanya.

Pemergian pelawak terkenal tanah air, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, ke rahmatullah kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin lalu, benar-benar mengejutkan dunia seni tempatan.

Baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Dataran Merdeka lewat Ahad lalu, Yus difahamkan mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, anak jati Perlis itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan dan dipercayai akibat serangan sakit jantung.
 
Seluruh rakan-rakan menyatakan betapa istimewa insan bergelar Pak Yus ini, kerana sering hadir dengan lawak dan jenaka, bagi menghiburkan manusia lain.

Meskipun dirinya sarat dengan penderitaan, hidup dalam kesusahan dan hampir terpinggir dan dilupakan, dalam waktu yang sama, dia masih boleh terus menghiburkan orang lain.

Demikianlah kehebatan seorang seniman yang bukan sahaja menjadikan lawak jenaka sebagai sumber pencarian, sebaliknya wadah menghiburkan hati mereka yang sedang kesedihan.

Jenazah allahyarham telah dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman, di Perlis selepas solat Asar pada Isnin lalu.

Ekoran perginya seorang lagi bintang yang bakatnya mula digilap menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan (2001) dan merupakan juara sulung Raja Lawak (2007), rata-rata selebriti tempatan menzahirkan rasa hiba mereka di laman sosial sebagai penghormatan terakhir buat Yus.

Ternyata, kehilangan Yus dirasakan begitu mendalam kerana kejujurannya selaku anak seni, menghiburkan sesiapa jua yang berada di sisinya dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan.

Ikuti koleksi luahan hati sahabat dan rakan-rakan artis terhadap arwah Pak Yus.



Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Ikuti Koleksi Luahan Sayu Sahabat dan Rakan Artis Terhadap Arwah Pak Yus!

Edisi Tips! Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda?

Oleh Kaki Wayang on

Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda? Assalammualaikum buat semua pembaca blog Kaki Wayang. Semoga hari ini akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Moga-moga kita akan lebih dirahmati dan diredhai olehnya. Lakukan kerja anda seikhlas yang mungkin kerana kerja itu merupakan satu ibadah.

Alhamdulillah bertemu kita lagi dalam satu lagi siri TIPS BLOG. Pada kali ini, Kaki Wayang akan berkongsi tips-tips blog berkenaan dengan Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda?

Buat pengetahuan semua, tak semuanya indah dalam berblog. Walaupun sesebuah blog itu memperolehi 1,000-10,000 atau 50,000 trafik dalam sehari, namun belum tentu ada seorang pun akan klik iklan Nuffnang/ Adsense anda. Tetapi ianya memberi ada peluang terbaik untuk mendapatkan pendapatan melalui online. Sebab dengan trafik yang banyak sahaja peluang untuk pengunjung klik iklan anda peratusannya adalah lebih besar.

Penempatan Iklan Yang Bijak dan Betul

Dalam berblog, anda perlu tahu bagaimana dan di mana untuk meletakkan iklan-iklan anda. Anda perlu tahu di mana "heat click" pengunjung-pengunjung anda. Sebagai contoh susunan iklan seperti di dalam gambar. Tempat-tempat iklan seperti inilah yang dimaksudkan sebagai "heat click".


atau letakkan iklan seperti ini


Iklan Dalam Konten/ Isi Entri

Iklan yang diletakkan di dalam isi entri memiliki potensi klik yang lebih tinggi. Hal ini kerana fokus utama sesebuah blog selain design dan template yang responsif adalah ISI ENTRI. Apatah lagi jika iklan itu diletakkan betul-betul di tengah-tengah entri. Kerana iklan itu sahaja sudah kelihatan lebih menonjol dari isi. Tapi diingatkan jangan terlalu banyak meletakkan iklan pada isi entri. Kerana iklan yang banyak akan mengakibatkan pengunjung anda meninggalkan blog anda. Mereka datang ke blog anda untuk mendapatkan info dan membaca. Bukannya datang untuk melihat iklan.


Iklan Lebih Besar Lebih Baik

Lebih besar iklan, lebih baik hasilnya nanti. Iklan dengan ukuran yang besar akan terlihat lebih menonjol dan memiliki "design" yang lebih menarik. Namun begitu, perlu diingatkan iklan yang berukuran lebih besar sangat tidak sesuai jika ianya ditempatkan dalam isi entri. Iklan dengan ukuran lebih besar hanya sesuai diletakkan pada "sidebar" sahaja.

Biar Isi Entri Anda  Bekerja Untuk Anda

Bukan senang nak buat pengunjung "stay" dalam blog anda. Bukan senang nak buat pengunjung meninggalkan komen-komen menari yang lebih logik untuk difikirkan. Sebagai contoh: Kita buat artikel panjang-panjang tapi yang komen "Baru datang blogwalking, dah follow dah. Nanti follow saya pula". Bukankah komen seperti itu lebih menyakitkan hati.

Tapi apabila entri lebih berinformasi dan nteraktif, mudah difahami, mudah diterima, menarik dan "trending" maka pengunjung akan lebih bijak dan kekal dalam blog anda. Malah ada yang akan berkunjung semula suatu hari nanti. Pada ketika itulah anda akan membentuk trafik yang berkualiti.

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda?

Edisi Terkini! Kini Rakan Raja Lawak Dedah Sikap Baik Arwah Pak Yus, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas pengakuan seorang wanita akan kebaikan yang pernah dilakukan oleh arwah Pak Yus, kini seorang sahabat Raja Lawak, Ilham Tuah  pula berkongsi kebaikan arwah Pak Yus.Ikuti kisahnya. 

Selama saya dalam kesempitan wang, insan inilah yang datang menghulurkan bantuan. 

"Nah! Ambillah duit ini. Kalau tak ada duit nak hidup, habaq kat aku jangan habaq kat orang lain. Kita geng utara, jangan buat malu kat orang," katanya sambil ketawa.

Di kemudian hari, bila saya nak memulangkan kembali duit yang dipinjamkan, inilah kata-kata arwah:

"Aku tak mahu. Daripada hang bagi kat aku, baik hang bagi kat anak yatim tak pun pergi belanja kawan-kawan. Ramai lagi yang perlukan duit itu," katanya.

"Mulianya hati kamu,"


Ketika mana saya berasa bosan, insan inilah yang akan mengajak lepak bermain PS4 FIFA di rumahnya. Manchester City adalah pasukan kegemaran dia. Sebelum game bermula, dia akan siap berpakaian jersi dan kasut bola, semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak ketawa. 


"Riangnya kamu."

Ketika berada di kampung, insan inilah yang akan call atau WhatsApp ajak main Futsal dan bola sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua guna duit poket dia. Selesai bermain, insan inilah yang akan belanja satu pasukan. Kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu. 

Apabila Raja Lawak United ditubuhkan, insan inilah yang sponsor kami jersi dan bola. Dalam padang, dialah kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pada pesanan insan ini kepada saya,

"Bila dah femes nanti, jangan lupa diri, jangan sombong," katanya.

Tetapi apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah meminta saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan tetapi tidak sempat untuk proses rakaman. Katanya, "Aku nak lagu ini, aku nak rap duo dengan Waris,". Tersenyum saya pada ketika itu. 

Saya terkilan, tak sempat membalas segala jasa baik arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku dan tidak bernyawa. 

Jam 1 pagi, saya mendapat tahu berita pemergiannya, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya terus ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat juga. Saya kapankan arwah, saya solatkan arwah, saya usungkan jenazah arwah. Sempat juga saya kucup dahi arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum. 

Jika benar di dahinya tertera kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah bahawa dia bukan biasa-biasa. Saya beritahu ini bukan bertujuan untuk riak atau sebagainya tetapi hanya untuk khabarkan. Tiada apa lagi yang mampu saya balas jasa baik arwah melainkan iringan dan kiriman doa.

Saham akhirat insan ini sebagai salah seorang penyumbang kepada sebuah sekolah agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar. 

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih di atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih di atas ilmu dan nasihat dari kamu. Al-fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah. - Ilham Tuah Raja Lawak
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kini Rakan Raja Lawak Dedah Sikap Baik Arwah Pak Yus, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Edisi Terkini! Wanita Ini Dedah Sikap dan Kebaikan Arwah Pak Yus, Ini Buktinya!

Oleh Kaki Wayang on

Kebaikan Tak Datang Bergolek

Kejayaan tak datang bergolek. Kejayaan akan lebih bermakna dengan usaha sendiri. Begitulah yang boleh di simpulkan dengan kejayaan arwah Pak Yus (Jambu). Al-Fatihah.

Manusia Mati Meninggalkan Nama

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah yang terjadi kepada arwah. Walaupun ada beberapa pihak yang kurang sensitif akan pemergian arwah namun terdapat juga beberapa rakan dan yang mengenali arwah tampil dan berkongsi akan kebaikan arwah Pak Yus semasa hidupnya.

Sebagai peminat lawak, Kaki Wayang sebenarnya masih lagi terasa akan pemergian yang tidak di sangka-sangka ini. Walau apa pun Allah SWT lebih menyayangi arwah. Sesungguhnya "dari Dia kita datang, dari Dia jua kita akan kembali".


Kebaikan Arwah Pak Yus

Kali ini seorang daripada kenalan arwah menceritakan pengalaman dan kebaikan yang arwah pernah lakukan sepanjang perkenalan mereka. 

Selepas kejayaan beliau, kami hanya berhubung melalui panggilan telefon, SMS dan kemudiannya WhatsApp, terkadang ada rezeki, kami bertemu di majlis dan acara pentas di mana-mana.

Sekadar berkongsi kebaikan beliau; sewaktu saya memerlukan job lakonan yang tidak menentu pada tahun lepas, saya menghantar mesej kepada rakan-rakan artis dan production manager serta pengarah melalui WhatsApp. Dari beratus yang saya tanya khabar seandainya ada watak yang sesuai, hanya dua tiga rakan yang respon. Selalunya begitulah. Yang dua tiga orang reply ‘InshaAllah’ sahaja tetapi tiba-tiba Yus reply dengan cara lain.


Rasanya bukan ini sahaja kebaikan yang pernah dilakukan oleh arwah tetapi banyak lagi. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikannya. Smoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: OhBulan
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Wanita Ini Dedah Sikap dan Kebaikan Arwah Pak Yus, Ini Buktinya!

Edisi Travel! Rizqi Homestay, Homestay Murah, Selesa dan Selamat di Melaka!

Oleh Kaki Wayang on


Homestay Murah, Selesa dan Selamat di Melaka. Tercari-cari homestay di Melaka? Nak yang murah? Nak yang selamat? Nak ruang yang luas? Boleh memuatkan 10-15 orang dalam satu-satu masa? Ada tempatnya. Kepada sesiapa pun yang pernah pergi ke Melaka membawa anak-anak dan keluarga pastinya akan tercari-cari homestay yang murah, selamat dan luas.

RIZQI Homestay jawapannya. Buat pengetahuan semua, RIZQI Homestay ini berdekatan dengan Tesco Cheng Melaka. Rumah kediaman ini merupakan sebuah kediaman teres setingkat yang mempunyai keluasan 22 kaki x 80 kaki dan mampu memuatkan 2 buah kereta. Selain itu, rumah ini selamat dan berpagar.
Kemudahan

RIZQI Homestay dilengkapi dengan 3 Bilik + 2 Bilik Air.

Bilik Master dilengkapi katil Queen, aircond HP dan mempunyai 1 bilik air. 
Bilik 2 dilengkapi dengan katil Queen serta kipas dinding untuk keselesaan pengunjung.
Bilik 3 pula dilengkapi dengan 2 bed single yang sesuai bagi pengunjung bujang dan anak-anak remaja.

Antara lain kemudahan yang disediakan adalah, RIZQI Homestay juga menyediakan air pancuran mandian panas di dalam bilik mandi. Dapur lengkap dengan cerek, pinggan mangkuk, microwave, sudu-garpu, sinki, peti ais, mesin basuh, "iron".

Ruang tamu dilengkapi dengan penghawa dingin dan tv. Namun begitu, Rizqi Homestay kelihatannya sengaja menghadkan peralatan perabot di kediaman ini bagi tujuan untuk memberikan ruang yang agak luas begi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Lokasi Strategik Berhampiran RIZQI Homestay, Melaka

KFC, MCD, AMbank, Tesco Cheng, Klinik 24 Jam, Domino’s Pizza, Stadium Hang Jebat, Kedai Runcit/ Hardware, Kolam Renang Negeri Melaka.

Bagi yang nak melawat tempat-tempat menarik boleh lah ke MITC Malim, Ayer Keroh, Zoo Melaka, AEON Melaka, Jonker Walk, MIBC-Bowling, Kota A Famosa, Melaka Central, Dataran Pahlawan, Melaka Wonderland, Menara Taming Sari, UiTM Bandar Melaka, A Famosa Resort, Taman Tema Air dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik.

Harga Rizqi Homestay

Harga penginapan di REZQI Homestay bermula daripada RM150/ semalam pada hari biasa dan RM200/ semalam pada hujung minggu (malam sabtu dan malam ahad).

Bagi yang berminat untuk menginap di RIZQI Homestay menghubungi En Wan Untuk keterangan lanjut dan booking.

VIBER, WECHAT, WHATSAPP

0197574506 – En. Wan
0199864549 – Pn. Surya

Gambar Rizqi Homestay

Sumber gambar: Pinjam dari Google
Sila baca selanjutnyaEdisi Travel! Rizqi Homestay, Homestay Murah, Selesa dan Selamat di Melaka!

Edisi Hangat! Hari Tu 7GB, Hari Ni 1GB Internet Tambahan Percuma Buat Anda, Dapatkannya Sekarang!

Oleh Kaki Wayang on


1GB Internet Percuma Umobile. Hari ini, U Mobile memperkenalkan promosi baru untuk semua pelanggan prabayar dan pascabayar mereka dengan menawarkan data tambahan sebanyak 1GB yang akan dikemaskini secara automatik. Data percuma ini ditawarkan kepada semua pelanggan UMobile bagi tempoh 1 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015 ini.



Hari tu, UMobile kasi 7GB Data dan Call percuma, ni nak bagi data tambahan 1GB pula. Memang berbaloi-baloi ni. Hambek! Korang rasa ada ke syarikat telekomunikasi lain nak kasi free macam ni? Makin mengancam pula pakej-pakej dan nilai tambah yang diberikan oleh pihak UMobile ni. Kadang-kadang rasa menyesal pula ngan Maxis. Minta maaf Maxis. Jangan terasa hati tau. Dah korang tak kasi promo macam UMobile ni, nak buat macam mana kan. Tapi thanks Maxis sebab kat Muadzam Shah, Pahang (Bandar Rimba) dah ada 4G Lte dah.


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Hari Tu 7GB, Hari Ni 1GB Internet Tambahan Percuma Buat Anda, Dapatkannya Sekarang!

Edisi Sentap! Kini Tambang ERL Pula Naik, Sehala RM55 Mulai Januari 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Dengan penurunan kadar RM/ Liter minyak pada bulan Disember nampaknya seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Turun harga ni, naik pula harga ni. Rasanya dulu RM35 je sehala kan? Sekarang dah RM55.00. Kalau orang kaya boleh kot. Tapi rakyat macam Kaki Wayang yang comel dan ensem ni tapi tak berapa nak berduit ni macam tak padan pula naik ERL ke KLIA. 

Dengan kenaikan gaji yang bakal diterima oleh kakitangan awam sudah pasti memberi sedikit kelegaan bagi mereka yang ingin membawa keluarga bercuti. Ditambah pula dengan bayaran khas yang bakal diterima januari nanti sudah pasti meringankan beban kakitangan awam yang ingin bercuti bersama keluarga. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tak nak lalui perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ditambah pula dengan perjalanan yang sesak mungkin perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan ERL ini beerbanding menaiki BAS mahupun TEKSI.

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari depan. Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2. 

Katanya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kini Tambang ERL Pula Naik, Sehala RM55 Mulai Januari 2016!

Edisi Terkini! Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015!

Oleh Kaki Wayang on


Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015. Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Kaki Wayang (tapi tak de review movie pun). Mungkin dah agak terlambat untuk kongsikan mengenai harga terkini petrol dan diesel bagi bulan Disember, tapi terasa nak kongsikan juga. Yela kan blog pelbagai informasi.

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Turun

Alhamdulillah bagi bulan Disember harga petrol jenis RON95 turun RM.010 menjadikannya RM1.95 sebagai harga terkini minyak di Malaysia. Kalau dulu bila minyak naik je, malam sebelum kenaikan itu, banyak kereta akan beratur kat stesen minyak. Macam lah esok-esok dia tak kena isi minyak juga. Tapi sekarang budaya kebiasaan pemandu seperti itu sudah tidak kelihatan lagi. Macam dah lali dah dengan perubahan harga minyak di Malaysia. 

Harga Minyak Turun, Harga Barang Kekal

Sekarang saya dah guna dua kereta, agak terasa dan memang terasa juga sebenarnya dengan penggunaan minyak ni. Kalau boleh nak turun lagi. RM1.50 ke. Kan bagus macam tu. Macam sekarang purata harga minyak RM2.00, agak terbeban juga sebenarnya. Bukan sekadar itu, harga barang juga naik. Tapi bila harga minyak turun tak de pula harga barang tu nak turun. Okeh lah banyak pula KW ni membebel.

Berikut merupakan harga petrol dan diesel untuk bulan Disember 2015:

Harga Petrol RON 95: RM1.95
Harga Petrol RON 97: RM2.45 (Termasuk 6% GST)
Harga Diesel: RM1.90
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015!

Edisi Comel! 10 Foto Si Kecil Paling Comel, Anda Pasti Tertawan!

Oleh Kaki Wayang on

Anak merupakan anugerah terindah. Anugerah yang tidak tandingannya. Amanah Allah SWT yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Tapi segelintir manusia kadang-kadang begitu kejam apabila sanggup membunuh anak-anak mereka. Terkadang terlintas di fikiran ibu apakah ini, bapa apakah ini yang sanggup membuang anaknya ke dalam lubang tandas, yang sanggup membuang anak, sanggup menjual darah daging mereka sendiri. Apakah sudah tidak ada nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Marah ni. Marah. Hahahahahaha. Tetiba Kaki Wayang emosi sikit.

Petang ni Kaki Wayang nak kongsikan beberapa gambar si kecil yang sangat comel. Cuba korang tengok wajah-wajah mereka. Comel sangat kan. Pasti akan menyebabkan korang akan tersenyum sorang-sorang.


Sila baca selanjutnyaEdisi Comel! 10 Foto Si Kecil Paling Comel, Anda Pasti Tertawan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...